PROGRAM QURBAN & AQIQAH ANJURAN PKPPI & SURAU AD-DEENIAH, PPUM TAHUN 2017/1438H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2017/16

26 Julai 2017
02 Zulkaedah 1438H

                                                                                                                                                                                                          Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Program Qurban & Aqiqah Anjuran PKPPI & Surau Ad-Deeniah, PPUM Tahun 2017/1438H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah akan mengadakan ProgramQurban & Aqiqah sebagai aktiviti tahunan persatuan dan surau. Butiran program qurban dan aqiqah adalah seperti berikut:

Tarikh                   :           3 September 2017/12 Zulhijjah 1438H(Ahad)
Masa                    :           7.00 pagi
Tempat                 :           Surau Ad-Deeniah, PPUM
Kadar 1 Bahagian   :           RM 680.00
Jumlah                  :           10 ekor (lembu)

  1.  Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga29 Ogos 2017 (Selasa).  Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-79493774/4608.  Bersama-sama ini dilampirkan Borang Penyertaan Qurban & Aqiqah 2017.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya

Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1438H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

28 Ramadhan 1438H
23 Jun 2017

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1438H

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sebagaimana sedia maklum, umat Islam dijangka akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1438H pada 25 Jun 2017 (Ahad).Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak seluruh ahli dan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada pihak Pengurusan PPUM dan semua staf muslimin dan muslimat.  Kami doakan semoga Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dipermudahkan urusan dan selamat dalam perjalanan pulang ke kampung.

3.            Pada kesempatan ini, pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadhan.  Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua penyumbang.

Tibanya Syawal tanda kemenangan,
Takbir dan Tahmid memuji Tuhan,
Muslimin dan muslimat saling berkunjungan,
Adab dijaga akhlak dipertahan.

Yang benar,

Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

 

PROGRAM ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK AHLI PKPPI, PPUM BAGI TAHUN 1438H / 2016M

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2016/17
25 Oktober 2016

24 Muharam 1438H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

PROGRAM ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK AHLI PKPPI, PPUM BAGI TAHUN 1438H / 2016M

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad Deeniah akan mengadakan program tersebut pada tahun ini sebagai aktiviti tahunan persatuan seperti berikut ;

Program                                                         : Program Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-anak Ahli PKPPI,  PPUM
Tarikh & Tempat Majlis meraikan peserta           : Akan diberitahu
  1.         Borang permohonan hendaklah dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum 25 November 2016 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Surau Ad Deeniah di talian 03-79494608 / 3774. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Menyertai Program Anugerah Pelajar Cemerlang 2016
    Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

TAZKIRAH “Azab Neraka”

“Azab Neraka”

Hadith: 
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  2. Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah
  3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia
  4. Hadis ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.

TAZKIRAH “Kemanisan Iman”

“Kemanisan Iman”

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu:
    1. Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
    2. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja, sebaliknya benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya.
  3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai rintangan dan ancaman.
  4.  Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa enak dan lazat melakukan taat, serta mengutamakan taat daripada harta benda dunia.
  5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredaan kedua-duanya daripada keredaan yang lain dan daripada hawa nafsu.
  6. Tanda atau bukti cinta kasih kerana Allah ialah penghormatan kepada orang yang dikasihi itu tetap sama dalam semua keadaan walaupun orang itu bertindak kasar terhadapnya.
  7. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.

TAZKIRAH “Hubungan Silaturrahim”

“Hubungan Silaturrahim”

Hadith: 
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Hubungan silaturrahim adalah salah satu cara yang membolehkan seorang masuk syuga.
  2. Hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
  3. Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah SAW melakukannya.
  4. Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
  5. Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadat-ibadat yang tersebut dalam hadisnya ini.
  6. Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.

Tanggung Jawab Sekratariat

SEKRETARIAT DI JABATAN YANG DIPERTUA

  • membantu Jabatan YDP merancang dan melaksanakan beberapa perkara dasar ke arah memantapkan lagi persatuan PKPPI-PPUM ini.
  • telah dirancang dan sedang diuruskan secara aktif adalah projek pembinaan semula Surau Ad-Deeniah yang dijangka menelan kos sebanyak RM 7 juta. Rancangan pengumpulan dana telah dimulakan

SEKRETARIAT EKONOMI DAN PERNIAGAAN

  • bertanggungjawab untuk mentadbir peralatan di Setor Surau
  • jualan makanan tengah hari disediakan kepada Jemaah yang tidak sempat makan tengah hari – perniagaan kantin di Medan Selera dan pengurusan setor di Surau Ad-Deeniah PPUM.

SEKRETARIAT PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN JARIAH

  • dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang terdapat didalam PKPPI.
    • Majlis Qurban & Aqiqah
    • Majlis Berkhatan
    • melawat ahli PKPPI yang sakit di wad dan ditimpa bencana alam.

SEKRETARIAT PEMBANGUNAN INSAN DAN SYARIAH

  • dipertanggungjawabkan bagi menguruskan pengajian dan lain-lain aktiviti yang berkaitan keagamaan perayaan hari kebesaran Islam dan seumpamanya.

SEKRETARIAT PENERANGAN DAN KOMUNIKASI

  • menyebarkan maklumat berkaitan dengan aktiviti persatuan sepanjang tahun serta program-program yang akan diadakan untuk ahli-ahli persatuan khususnya dan orang ramai amnya.
  • melalui laman web Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam PPUM

SEKRETARIAT PENDIDIKAN DAN DAKWAH

  • majlis meraikan pelajar cemerlang

SEKRETARIAT HAL EHWAL WANITA DAN UKHUWAH

  • Sekretariat HEWDU turut mengambil bahagian dalam menjayakan aktiviti PKPPI :
  • Majlis Anugerah Anak Cemerlang, Penyembelihan Qurban/Aqiqah dan Majlis Doa Selamat peserta berkhatan.
  • Majlis meraikan :
    • ahli yang bersara dari PPUM
    • Jemaah Haji yang telah pergi menunaikan Fardhu HajI
    • lawatan ke Rumah Anak Yatim, Rawang Selangor
    • Kempen derma darah sempena Bulan Ramadhan dan Syawal
    • Pengajian khusus untuk muslimah
    • Tadarus Al-Quran

SEKRETARIAT SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  • berperanan mengadakan aktiviti Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.
1 2 3 23