TAZKIRAH “Azab Neraka”

“Azab Neraka”

Hadith: 
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  2. Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah
  3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia
  4. Hadis ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.

TAZKIRAH “Kemanisan Iman”

“Kemanisan Iman”

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu:
    1. Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
    2. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja, sebaliknya benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya.
  3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai rintangan dan ancaman.
  4.  Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa enak dan lazat melakukan taat, serta mengutamakan taat daripada harta benda dunia.
  5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredaan kedua-duanya daripada keredaan yang lain dan daripada hawa nafsu.
  6. Tanda atau bukti cinta kasih kerana Allah ialah penghormatan kepada orang yang dikasihi itu tetap sama dalam semua keadaan walaupun orang itu bertindak kasar terhadapnya.
  7. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.

TAZKIRAH “Hubungan Silaturrahim”

“Hubungan Silaturrahim”

Hadith: 
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Hubungan silaturrahim adalah salah satu cara yang membolehkan seorang masuk syuga.
  2. Hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
  3. Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah SAW melakukannya.
  4. Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
  5. Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadat-ibadat yang tersebut dalam hadisnya ini.
  6. Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.

Tazkirah ”Bersyukur Sifat Orang Mukmin”

Orang Mukmin”

Bersyukur

Hadith: Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Huraian Hadith: Kehidupan Mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.

Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang Mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.

Setiap orang hendaklah mensyukuri pemberian Allah sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

TAZKIRAH “Penghuni Syurga ialah Sebaik-baik Muslim”

“Penghuni Syurga ialah Sebaik-baik Muslim”

Hadith: 

Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah SAW kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, “kami pun mohon diperbanyakkan lagi”. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
  2. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
  3. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar.
  4. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

TAZKIRAH “Berilah Walau Sedikit”

Hadith:

Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.

Huraian Hadith:

1. Islam melarang caci mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.
2. Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberian itu sedikit.
3. Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjaminkan kedamaian dan keharmonian hidup kejiranan.
4. Janganlah malu untuk memberi sesuatu kepada jiran tetangga walaupun pemberian itu pada pandangan orang lain tidak bernilai.
5. Sunnah bertukar-tukar hadiah atau juadah sesama jiran walaupun sedikit.

Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

bersyukur (1)

TAZKIRAH “Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga”

“Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga”

Hadith:
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

  1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.
  2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri.
  3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

TAZKIRAH Amalan Setelah Bangun Dari Tidur

Amalan Setelah Bangun Dari Tidur

Riwayat : (Muslim)
Kategori : Akhlak
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.
Huraian Hadith:
Sebagaimana maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan di sepanjang hari. Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya’ dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu. Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT.

TAZKIRAH Sifat Benar Membawa Ke Syurga

Sifat Benar Membawa Ke Syurga

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA daripada Nabi SAW bersabda, sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.”
Huraian Hadith:
Kebenaran boleh diukur dengan kata-kata yang menepati realiti yang berlaku, dan boleh diukur dengan tindakan atau pelaksanaan yang terbaik.

Kesudahan bagi orang yang bersikap benar adalah syurga, dan kesudahan bagi pendusta adalah neraka.

Kita hendaklah sentiasa bercakap benar kerana benar pendorong kebaikan dan menjauhkan diri daripada berdusta kerana dusta pendorong kejahatan.

Fadilat (kelebihan) benar (as-Sidiq) membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, sebaliknya pula dusta membawa kerugian di dunia dan di akhirat.

TAZKIRAH Sifat Benar Membawa Ke Syurga

 

 

Sifat Benar Membawa Ke Syurga

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA daripada Nabi SAW bersabda, sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.”
Huraian Hadith:
Kebenaran boleh diukur dengan kata-kata yang menepati realiti yang berlaku, dan boleh diukur dengan tindakan atau pelaksanaan yang terbaik.

Kesudahan bagi orang yang bersikap benar adalah syurga, dan kesudahan bagi pendusta adalah neraka.

Kita hendaklah sentiasa bercakap benar kerana benar pendorong kebaikan dan menjauhkan diri daripada berdusta kerana dusta pendorong kejahatan.

Fadilat (kelebihan) benar (as-Sidiq) membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, sebaliknya pula dusta membawa kerugian di dunia dan di akhirat.

1 2 3 17