TAZKIRAH ”Perbuatan Mungkar Berleluasa Di Akhir Zaman”

”Perbuatan Mungkar Berleluasa Di Akhir Zaman”

Hadith:
Daripada Ibnu Mas`ud RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya akan berlaku (secara berleluasa) sepeninggalanku nanti sifat mementingkan diri dan perbuatan mungkar”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah pesananmu kepada kami”, Sabda Rasulullah SAW, “Tunaikan kewajipan kamu dan mintalah kepada Allah untuk mendapatkan hak kamu.”

Huraian Hadith:
Kita hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan sama ada manis atau pahit.

Seseorang itu dikehendaki bersabar menghadapi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim supaya menjalankan kewajipan dengan sempurna bagi semua perkara.

Hanya kepada Allah seseorang itu boleh berharap dan berserah mengenai sesuatu.

TAZKIRAH ”Bersyukur Sifat Orang Mukmin”

”Bersyukur Sifat Orang Mukmin”

Hadith:
Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Huraian Hadith:
Kehidupan Mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.

Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang Mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.

Setiap orang hendaklah mensyukuri pemberian Allah sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

TAZKIRAH :HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN IBU BAPA BERLAINAN AGAMA

TAZKIRAH: HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
Hadith:
Daripada Asma’ binti Abu Bakar as-SiddiqR .humakatanya, ibuku telah dating ketempatku sedang diamasih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW.Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, ibuku telah dating kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu”.
Huraian Hadith:
1. Islam menyuruh umatnya supaya menghubungi ibu walaupun ibu itu bukan seorang Islam.

2. Hubungan anak dengan ibu walaupun berlainan agama dan kepercayaan.

3. Islam sangat mengambilberat dalam soal menjaga hati kaum ibu.

4. Ibu ialah orang pertama yang wajib dihubungi dan diberi perhatian.

5. Harus menghubungisilaturahim dengan keluarga yang bukan Islam selama dia tidak memerangi Islam.

Sumber: Kitab Riyadh as-Solihin

TAZKIRAH : 5 PERKARA

TAZKIRAH

5 PERKARA

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab (ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Pengajaran hadis:

1)Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara.
2)Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh.
3)lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
4)Menegakkan rukun lslam bermaknakesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

TAZKIRAH: BERILAH WALAU SEDIKIT PUN

Hadith:

Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.

Huraian Hadith:

1. Islam melarang caci mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.
2. Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberian itu sedikit.
3. Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjaminkan kedamaian dan keharmonian hidup kejiranan.
4. Janganlah malu untuk memberi sesuatu kepada jiran tetangga walaupun pemberian itu pada pandangan orang lain tidak bernilai.
5. Sunnah bertukar-tukar hadiah atau juadah sesama jiran walaupun sedikit.

Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

TAZKIRAH AKU BERIMAN KEPADA ALLAH

AKU BERIMAN KEPADA ALLAH

Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Pengajaran hadis:

1 )Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

TAZKIRAH SIFAT-SIFAT TERKEJI

SIFAT-SIFAT TERKEJI

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

TAZKIRAH AGAMA ITU NASIHAT

AGAMA ITU NASIHAT

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Pengajaran hadis:

1)Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani.

2) Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

3)lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.

4)Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

TAZKIRAH KAWAL MARAH

KAWAL MARAH

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Pengajaran hadis:
1)Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain

2) Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.

3) Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.

4) Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

TAZKIRAH JAUHI PERKARA MERAGUKAN

TAZKIRAH

JAUHI PERKARA MERAGUKAN
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a.,ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW .

hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.

Pengajaran hadis:

1)Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.

2)Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara’ yang terpuji.

3)Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.

1 2 3 4 17