JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

29 November 2021
24 Rabiulakhir 1443H

Tuan,     

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM kali ke-49 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh : 11 Disember 2021 / 06 Jamadilawal 1443H

            Hari : Sabtu

            Masa : 08.00 pagi

            Secara Dalam Talian

3.         Memandangkan  kita masih lagi dalam kemelut  wabak Covid-19, dan demi menjamin keselamatan bersama, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa mesyuarat agung pada kali ini juga akan bersidang secara dalam talian sepertimana Mesyuarat agung yang lepas. Pautan bagi mengikuti mesyuarat secara dalam talian akan dibekalkan kemudian.

4.     Agenda mesyuarat agung tahunan ini antara lainnya adalah bagi  membentang dan menerima Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 yang melibatkan akaun surau dan persatuan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Ad-deeniah PPUM adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini juga dilampirkan Agenda Mesyuarat sebagai makluman awal.  

5.   Semoga dengan kehadiran Jawatankuasa Surau Ad-deeniah PPUM pada hari tersebut akan lebih melancarkan perjalanan mesyuarat.

Kerjasama Tuan dalam perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.      

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web : www.pkppippum.org.my
Facebook : Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM