PERINGATAN MESRA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KE-49

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

10 Disember 2021                    

5 Jamadil Awal 1443H

YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,     

PERINGATAN MESRA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan semula tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PKPPI Ke-49 akan diadakan pada 11 Disember 2021 / 6 Jamadil Awal 1443H (Sabtu) dan dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Webinar. Bersama-sama ini dikemukakan tatacara menyertai mesyuarat tersebut untuk perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin

Setiausaha

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

Laman Web http://www.pkppippum.org.my

Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

EDARAN BUKU LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN PKPPI TAHUN 2020

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

10 Disember 2021                    

5 Jamadil Awal 1443H

image.png

YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,     

Edaran Buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan PKPPI Tahun 2020

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Bersama-sama ini dikemukakan Buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan PKPPI bagi tahun 2020 untuk perhatian YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

29 November 2021
24 Rabiulakhir 1443H

Tuan,     

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM kali ke-49 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh : 11 Disember 2021 / 06 Jamadilawal 1443H

            Hari : Sabtu

            Masa : 08.00 pagi

            Secara Dalam Talian

3.         Memandangkan  kita masih lagi dalam kemelut  wabak Covid-19, dan demi menjamin keselamatan bersama, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa mesyuarat agung pada kali ini juga akan bersidang secara dalam talian sepertimana Mesyuarat agung yang lepas. Pautan bagi mengikuti mesyuarat secara dalam talian akan dibekalkan kemudian.

4.     Agenda mesyuarat agung tahunan ini antara lainnya adalah bagi  membentang dan menerima Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 yang melibatkan akaun surau dan persatuan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Ad-deeniah PPUM adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini juga dilampirkan Agenda Mesyuarat sebagai makluman awal.  

5.   Semoga dengan kehadiran Jawatankuasa Surau Ad-deeniah PPUM pada hari tersebut akan lebih melancarkan perjalanan mesyuarat.

Kerjasama Tuan dalam perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.      

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web : www.pkppippum.org.my
Facebook : Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/21

17 November 2021
12 Rabiulakhir 1443H

image.png

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,     

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM kali ke-49 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh : 11 Disember 2021 / 06 Jamadilawal 1443H

            Hari : Sabtu

            Masa : 08.00 pagi

            Secara Dalam Talian

3.         Memandangkan  kita masih lagi dalam kemelut  wabak Covid-19, dan demi menjamin keselamatan bersama, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa mesyuarat agung pada kali ini juga akan bersidang secara dalam talian sepertimana Mesyuarat agung yang lepas. Pautan bagi mengikuti mesyuarat secara dalam talian akan dibekalkan kemudian.

4.     Pihak jawatankuasa telah memutuskan tempoh perjalanan mesyuarat akan disingkatkan agar aktiviti ini dapat diselesaikan dengan segera. Sehubungan dengan itu Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini juga dilampirkan Agenda Mesyuarat sebagai makluman awal.  

5. Sebarang usul/cadangan berkaitan hendaklah dikemukakan melalui Borang Usul seperti yang dilampirkan dan dihantar ke Pejabat PKPPI, Surau Ad-Deeniah sebelum 6 Disember 2021. Laporan Tahunan PKPPI 2020 dan laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 akan diedarkan melalui email tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mesyuarat tersebut akan lebih mengimarahkan semangat bermesyuarat dalam membantu PKPPI untuk terus lebih berinovatif di masa akan datang.

Kerjasama Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.      