DANA KHAS BAGI MENGUMPUL SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/16

13 Oktober 2021
06 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

DANA KHAS BAGI MENGUMPUL SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti yang kita sedia maklum, di saat negara dilanda kemelut yang panjang akibat wabak Covid-19 dan arahan kerajaan terhadap pematuhan SOP sepanjang PKP tidak dinafikan ada sebilangan di antara kita yang terkesan dengan perubahan besar ini dan dihimpit kesulitan dalam menjalani kehidupan harian.
  2. Justeru, atas kesedaran dan keprihatinan sesama insan, PKPPI tampil dengan cadangan mengumpul dana bagi menghulurkan bantuan kepada semua warga PPUM yang terkesan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, ahli mahu pun bukan ahli PKPPI. Oleh itu, sokongan semua pihak adalah diharapkan untuk sama-sama memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan usaha murni ini. Sumbangan semua adalah penting dan sangat bermakna, sekurang-kurangnya dapat melapangkan sedikit bebanan yang ditanggung.
  3. Sumbangan ikhlas berupa wang tunai boleh terus dibuat di Pejabat PKPPI atau disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam PPUM – 14171010001845. Bagi sumbangan yang dibuat melalui Eletronic Funds Transfer (EFT) sila maklumkan kepada pegawai kami (Cik Siti Halijah / Pn. Rahima) di talian 03-79493774/4608 atau email maklumat transaksi ke pkppi@ummc.edu.my.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM