PERMOHONAN BANTUAN AM AHLI PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/22

21 Disember 2021
16 Jamadilawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

PERMOHONAN BANTUAN AM AHLI PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Ketika ini seluruh negara sedang membicarakan berita bencana banjir yang melanda dan sekelip mata memusnahkan harta benda serta ada jiwa yang terkorban. Fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta lantaran bencana ini berlaku atas kehendak Tuhan, Pencipta segala kehidupan dan sekalian alam.
  2. Jawatankuasa PKPPI turut berduka dan bersimpati atas apa yang berlaku. Mohon kuatkan semangat, teruslah sama-sama berdoa agar ada ganjaran hikmah yang bakal dikurniakan di sebalik musibah ini.
  3. Dilampirkan bersama-sama ini Borang Permohonan Bantuan Am untuk diisi dan dikembalikan ke Pejabat PKPPI beserta laporan polis dan gambar kediaman yang dilanda banjir. Sebarang bentuk bantuan yang selainnya akan diperhalusi oleh pihak jawatankuasa.

Kerjasama Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan bagi memanjangkan makluman ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“NO ONE LEFT BEHIND”

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Borang Bantuan Am