TAZKIRAH “Kemuliaan Di sisi Allah”

14 Jamadilawwal 1433H

6 April 2012

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

Hadith: 

 

Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan” baginda menjawab, “Kalau begitu orangnya ialah Yusuf anak kepada Nabi (Yaakub) anak kepada Nabi (Ishak) anak kepada (Nabi Ibrahim) Khalilullah.” Mereka berkata lagi, “Bukan tentang itu yang kami tanyakan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.”

 

Huraian Hadith: 

1.    Seseorang itu akan turut menjadi mulia disebabkan nenek moyang mereka mulia, jika mereka bertaqwa kepada Allah.

2.    Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.

Bangsa Arab yang paling mulia ialah mereka yang baik pada zaman Jahiliah dan baik pula pada zaman Islam setelah dia memahami syariat Allah serta menghayatinya.

 

 

Hisyamuddin bin Bahari

Yang Di Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

IKLAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) PKPPI

Assalamualaikum w.b.t.

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

IKLAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) PKPPI

2.         Dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kekosongan jawatan Pembantu Tadbir dan Operasi (P/O) di Pejabat, Pesatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), Pusat Perubatan Universiti Malaya yang perlu diisi dengan segera.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut. Permohon boleh kemukakan resume melalui email pkppislam@ummc.edu.my atau menghantar secara hard copy ke Pejabat, PKPPI di Surau Ad-Deeniah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Hairol Ezwan atau En. Razak di talian ext: 2918/2043. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 April 2012. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di Lampiran “A”.

4. Dipohon supaya perkara ini dapat dipanjangkan kepada mereka yang berkenaan. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Hisyamuddin bin Bahari

Yang Di Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

S.k: Fail

Lampiran “A”

 

 

 

IKLAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI)

Warganegara Malaysia yang beragama Islam adalah dipelawa memohon bagi mengisi jawatan seperti di bawah;

Jawatan                      :           Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)

Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Syarat Lantikan           :

a)            Warganegara Malaysia beragama Islam (Lelaki)

b)            Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)            Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d)            Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

e)            Berkebolehan mengendalikan computer perisian Microsoft Word / Excel/Power Pont dan sebagainya.

f)             Calon yang memenuhi syarat dan berminat dalam urusan dakwah adalah diberi keutamaan.

TAZKIRAH “Ukuran Islam Seseorang”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

13 Jamadilawwal 1433H

5 April 2012

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

Hadith: 

 

Daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Di antara (tanda-tanda) sebaik-baik Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dirinya.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Islam menghendaki kita melakukan perkara-perkara yang menguntungkan dan meninggalkan perkara-perkara yang merugikan.
  2. Tahap keislaman seseorang itu dapat diukur daripada sejauh mana dia sanggup melakukan kebajikan dan meninggalkan sesuatu perkara yang tidak menguntungkan.

 

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

TAZKIRAH “Amal Baik Menghapus Dosa”

 Kepada:
 
  Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam
 

   Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada  Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”

Huraian Hadith:

 

1.       Amalan kebajikan menghapuskan amalan kejahatan sebelumnya, jika kejahatan itu termasuk dosa kecil, dan tidak berkaitan dengan orang lain.

2.       Antara akhlak mulia ialah manis muka, tidak mengganggu atau menyakiti orang lain, melakukan perkara maaruf dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang kita mahu orang lain berinteraksi dengan kita.

3.       Kita dikehendaki bertaqwa kepada Allah walau di mana kita berada.

4.       Allah sentiasa mengawasi segala perbuatan hambanya secara terang atau secara tersembunyi.

5.       Sesungguhnya amal kebajikan dapat menghapuskan kesalahan dengan syarat dosa itu tidak diulangi lagi.

6.       Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam termasuklah mengenai hubungan sesama manusia.

 

Sekian,  terima kasih.

Hisyamuddin  Bahari                                                                                                                                                                                                                

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerka-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

SALAM PERMULAAN YDP PKPPI PPUM

Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Alhamdullilah,saya lahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga kini.

Masa berlalu begitu pantas tanpa menanti kita dan hari bersilih ganti. Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM dan Mesyuarat Agong telah berlalu pada 31.3.2012. Begitu juga dengan Jawatankuasa baru yang telah diumumkan oleh “SPR” pada hari yang lalu. Justeru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam mengendalikan urusan pemilihan dan mereka yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sabahat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Saya mengajak diri saya dan semua Ahli PKPPI agar kita sama-sama  memberi perhormatan yang terbaik kepada barisan Jawatankuasa yang lalu di atas sumbangan dan pengorbanan yang telah banyak mereka sumbangkan sepanjang tempoh tersebut. Tiada nilai yang lebih berharga daripada manusia, melainkan doa daripada kita semua agar mereka diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah S.W.T di atas usaha mereka selama ini.

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya juga ingin mengajak sahabat sekalian agar terus melihat kehadapan untuk meneruskan perjalanan PKPPI bagi tempoh mendatang. Kami menyedari bahawa sahabat sekalian telah memberi harapan baru untuk melihat perkembangan PKPPI. Jestru itu, kami akan mengalas cabaran tersebut dengan sedaya upaya kami. Doakan agar Allah memberi kekuatan dan kelapangan kepada kami untuk menjayakan misi ini.

Akhir kata, semoga perjalanan kami bersama PKPPI akan mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak Pengurusan PPUM, InsyaAllah.

Sekian, terimakasih.

 

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerka-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

1 23 24 25