SALAM PERMULAAN YDP PKPPI PPUM

Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Alhamdullilah,saya lahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga kini.

Masa berlalu begitu pantas tanpa menanti kita dan hari bersilih ganti. Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM dan Mesyuarat Agong telah berlalu pada 31.3.2012. Begitu juga dengan Jawatankuasa baru yang telah diumumkan oleh “SPR” pada hari yang lalu. Justeru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam mengendalikan urusan pemilihan dan mereka yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sabahat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Saya mengajak diri saya dan semua Ahli PKPPI agar kita sama-sama  memberi perhormatan yang terbaik kepada barisan Jawatankuasa yang lalu di atas sumbangan dan pengorbanan yang telah banyak mereka sumbangkan sepanjang tempoh tersebut. Tiada nilai yang lebih berharga daripada manusia, melainkan doa daripada kita semua agar mereka diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah S.W.T di atas usaha mereka selama ini.

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya juga ingin mengajak sahabat sekalian agar terus melihat kehadapan untuk meneruskan perjalanan PKPPI bagi tempoh mendatang. Kami menyedari bahawa sahabat sekalian telah memberi harapan baru untuk melihat perkembangan PKPPI. Jestru itu, kami akan mengalas cabaran tersebut dengan sedaya upaya kami. Doakan agar Allah memberi kekuatan dan kelapangan kepada kami untuk menjayakan misi ini.

Akhir kata, semoga perjalanan kami bersama PKPPI akan mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak Pengurusan PPUM, InsyaAllah.

Sekian, terimakasih.

 

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerka-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya