NAMA-NAMA BILAL AZAN PERTAMA BAGI BULAN MEI 2012

NAMA-NAMA BILAL AZAN PERTAMA BAGI BULAN MEI 2012

  

MINGGU

TARIKH JUMAAT

NAMA

NO. TEL

1

12 Jamadilakhir 1433H

(4.5.2012)

En. Mohd Hafiz bin Kamisan

016-6265258

2

19 Jamadilakhir 1433H

(11.5.2012)

En. Muhd Tamam bin Sulaiman@Solihin

013-2768473

3

26 Jamadilakhir 1433H

(18.5.2012)

En. Adam Asyraf bin Sulaiman

012-2463101

4

4 Rejab 1433H

(25.5.2012)

En. Ahmad Suhaimi bin Fadzil

012-3551496

Kuliah Zohor 30 April 2012

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Untuk makluman semua bahawa penceramah jemputan pada 30 April 2012 (Isnin) di Surau ad-Deeniah ialah :

Nama           : Ustaz Nor Azman bin Abdul Ghani

Jawatan        : Pegawai Hal Ehwal Islam

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tajuk            : Fiqh Ibadah

Tarikh & Hari : 30 April 2012 (Isnin)

Tempat         : Surau Ad-Deeniah, PPUM.

Jam              : 1.00 tgh hingga 1.45 tgh.

Sekian, terima kasih.

TAZKIRAH “Solat Jumaat”

“Solat Jumaat”

Hadith: 

 

Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya .

(Riwayat Abu Daud)

Huraian Hadith: 

 

1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin.
2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga.
3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.

TAZKIRAH “Menyeru Ke arah Kebaikan”

“Menyeru Ke arah Kebaikan”

 

Hadith:

 

Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu”.

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Setiap orang yang memeberi petunjuk atau teladan yang baik akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.
  2. Bercita-citalah untuk menambahkan amal kebajikan dengan penuh ketaatan.

TAZKIRAH “Kepimpinan”

“Kepimpinan”

 

Hadith: 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

 

i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

TAZKIRAH “Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

24  April 2012

2 Jamadilakhir 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat”

Hadith: 

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka.”

(Riwayat Ahmad)

Huraian Hadith: 

 

1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.
2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.
3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Kuliah Zohor pada 24 dan 26 April 2012

Assalamualaikum,

 

 

Dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) sedang berusaha untuk menstrukturkan semula ceramah-ceramah agama di Surau Ad-Deeniah. Oleh demikian beberapa tenaga akademik  dalam bidang masing-masing telah bersetuju untuk menyampaikan kuliah zohor di  surau kita dalam tempoh terdekat ini dan di antaranya adalah seprti berikut:-

 

Penceramah : Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman

Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran & Sunnah

Universiti Malaya

 

Tarikh           : 24 April 2012 (Selasa)

Masa            : 1.00 t/hari hingga 2.00 petang

 

_______________________________________________________________________________

 

 

Penceramah  : Dr. Mahmud bin Ahmad

Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah & Pemikiran Islam

Universiti Malaya

 

Tarikh            : 26 April 2012 (Khamis)

Masa             : 1.00 t/hari hingga 2.00 petang

 

 

 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput menghadiri kuliah tersebut pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

Pelawaan Menyertai Ahli Jawatan KuasaKerja Kecil di bawah Sekreteria​t

Ruj Kami : PKPPI / 2012 / 20

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

20 April 2012

28 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin / Tuan / Puan,
PENYERTAAN SEBAGAIAHLI JAWATANKUASA KERJA KECIL DI BAWAH SEKRETERIAT, PKPPI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkanbahawa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) telah bersetujumempelawa tuan/puan untuk bersama-sama

menyertai sebagai ahli jawatankuasa kerjakecil di bawah mana-mana sekreteriat yang telah dilantik. Pelawaan ini adalahsebagai galakan kepada

ahli-ahli PKPPI untuk sama-sama menyumbangkan idea,tenaga, cadangan penambahbaikan dan sebagainya. Ia juga adalah untuk menjadikan

ahli PKPPI adalah sebahagian daripada pembuat keputusan serta mendapat kepuasandengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Butiran lanjut perkara iniadalah seperti di Lampiran “A”.

 

3. Semogadengan usaha dan penglibatkan tuan/puan di bawah mana-mana sekreteriat tersebutakan mendapat ganjaran pahala

yang setimpal daripada Allah S.W.T. Segalakerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah didahului dengan ucapan ribuanterima kasih.

 

Sekian.

 

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti MalayaLAMPIRAN A

TAZKIRAH “Sikap Yang Baik”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

23  April 2012

1 Jamadilakhir 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Sikap Yang Baik”

 

Hadith:

 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.

(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Huraian Hadith: 

 

i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali .
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

1 21 22 23 24 25