TAZKIRAH “Amal Baik Menghapus Dosa”

 Kepada:
 
  Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam
 

   Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada  Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”

Huraian Hadith:

 

1.       Amalan kebajikan menghapuskan amalan kejahatan sebelumnya, jika kejahatan itu termasuk dosa kecil, dan tidak berkaitan dengan orang lain.

2.       Antara akhlak mulia ialah manis muka, tidak mengganggu atau menyakiti orang lain, melakukan perkara maaruf dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang kita mahu orang lain berinteraksi dengan kita.

3.       Kita dikehendaki bertaqwa kepada Allah walau di mana kita berada.

4.       Allah sentiasa mengawasi segala perbuatan hambanya secara terang atau secara tersembunyi.

5.       Sesungguhnya amal kebajikan dapat menghapuskan kesalahan dengan syarat dosa itu tidak diulangi lagi.

6.       Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam termasuklah mengenai hubungan sesama manusia.

 

Sekian,  terima kasih.

Hisyamuddin  Bahari                                                                                                                                                                                                                

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerka-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya