PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/13
01 Oktober 2021 24 Safar 1443H
Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,
KADAR BAHARU TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI DAN TANGGUNGAN AHLI
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PKPPI telah bersetuju untuk menetapkan kadar baharu bagi tuntutan khairat kematian ahli dan tanggungan ahli PKPPI berkuatkuasa mulai dari 1 Oktober 2021. Sehubungan itu, semua tuntutan bagi kadar baharu ini hanya sah bagi kematian yang berlaku dari bulan Oktober 2021.
Bagi melancarkan urusan pembayaran, ahli yang ingin memohon perlu melengkapkan semua dokumen dan mengemukakan lampiran yang diperlukan. Kadar baharu bagi tuntutan khairat kematian adalah seperti berikut :
Bil
Perkara
Kadar Lama
Kadar Baharu
1
Kematian ahli
RM1,500
RM2,000
2
Kematian Suami/Isteri
RM1,000
RM1,500
3
Ibu/Bapa
RM300
RM500
4
Anak Bawah 21 Tahun
RM500
RM700
5
Mertua
RM100
RM300
4. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Tuntutan Khairat yang telah dikemaskini sebagai rujukan. Semoga dengan perubahan kadar baharu ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/12
7 Julai 2021 26 Zulkaedah 1442H
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
PROGRAM BANTUAN PRIHATIN PKPPI KEPADA AHLI YANG BERADA DI LOKALITI PKPD
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PKPPI terpanggil untuk memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya mereka yang berada di lokaliti PKPD.
Mohon ahli untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam Borang Program Bantuan Prihatin PKPPI yang disediakan sebelum atau pada 9 Julai (Jumaat) bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan dan mengukir sekuntum senyuman buat kita bersama. Sokongan dan kerjasama semua ahli dalam menjayakan program bantuan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/11
3 Jun 2021 22 Syawal 1442H
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN BERKENAAN URUSAN DI PEJABAT PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Bersesuaian dengan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam prosedur operasi standard (SOP) bahawa semua aktiviti di masjid dan surau hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid/surau sahaja. Oleh kerana lokasi pejabat pengurusan PKPPI adalah terletak di dalam surau, maka kakitangan pentadbiran surau dan PKPPI telah diarahkan bekerja dari rumah mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan.
Justeru itu adalah dimaklumkan bahawa semua urusan yang melibatkan penghantaran borang permohonan hanya boleh dibuat melalui email sahaja. Sekiranya ada keperluan untuk berurusan secara bersemuka, sila hubungi talian 03-79494608/3774. Arahan ini berkuatkuasa dari 1 Jun 2021 hingga tamat PKP.
Semoga kita semua patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan tingkatkan lagi amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT supaya Allah SWT segera mengangkat wabak covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/10
30 Ramadan 1442H 12 Mei 2021
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1442H
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin wa bihi nasta’in. Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW, Rasul junjungan,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil hamd.
Dimulai dengan kalam takbir sebagai menandakan tibanya detik kemenangan, kemerdekaan bagi meraikan Hari Lebaran bulan kemuliaan dan kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan menjalani ibadah puasa.
Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka di siang hari kerana mahu mematuhi perintah Allah?
Semua itu adalah pelajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih antara baik dan buruk?
Jika kita sudah berjaya melepaskan diri daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira. Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.
Pada tahun ini ketibaan Hari Raya Aidilfitri masih lagi tidak dapat disambut seperti kelaziman. Tiada perhimpunan besar, tiada ziarah dan mungkin juga tidak semeriah suatu ketika dahulu.
Namun, janganlah kerana keadaan ini menyebabkan kemeriahan kita dalam beribadah juga tidak diraikan. Teruskanlah melakukan amal kebaikan seperti dalam Ramadhan. Walau ada yang mungkin sedang bertugas di wad, di pejabat atau sedang memandu ambulan, YAKIN lah, setiap kesusahan akan diiringi dengan kesenangan. Kita tidak akan pernah disia-siakan oleh Yang Maha Baik.
Kami sebagai pimpinan persatuan sentiasa melihat ruang bagi cuba memenuhi keperluan dan kebajikan ahli yang memerlukan. Andai masih ada kekurangan, mohon dimaafkan dan hubungilah kami untuk diperbaiki sebaiknya. Moga Allah sentiasa menjaga kita semua.
Disamping itu juga, saudara seagama kita juga sedang diuji di Palestin. Ayuh selitkan doa buat mereka. Solidariti kita buat mereka. Janji Allah itu pasti. Kemenangan akan muncul.
Akhir kalam, mewakili seluruh saf pimpinan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam PPUM dengan penuh tawadhuk di hati menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh warga PPUM.
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/09
08 Ramadan 1442H 20 April 2021
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN BERKAITAN KEHADIRAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AD-DEENIAH
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Bagi menambahbaik perjalanan pengurusan solat Jumaat di Surau Ad-Deeniah, Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam dan Surau Ad-Deeniah, PPUM telah memutuskan untuk memperhalusi semula ketetapan yang sesuai bagi melancarkan urusan jemaah yang hadir pada waktu tersebut demi kebaikan bersama.
Justeru itu mohon kerjasama semua pihak untuk patuh kepada peraturan-peraturan seperti berikut: • Kaunter pendaftaran dan saringan hanya akan dibuka pada jam 12.30 tengah hari. • Jawatankuasa masih mengekalkan sistem mengedarkan nombor saf kepada jemaah. • Jemaah tidak dibenarkan untuk mengambil nombor lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan. • Jemaah yang telah diberikan nombor dinasihatkan untuk terus duduk di saf masing-masing dan tidak meninggalkan surau sehingga selesai solat fardhu Jumaat. Sekiranya terpaksa berbuat demikian atas alasan yang tidak dapat dielakkan, maka jemaah diminta untuk memulangkan semula nombor tersebut dan akan diberikan kepada jemaah lain. Setelah selesai solat Jumaat, nombor perlu dipulangkan semula dan nombor baru akan dikeluarkan pada minggu berikutnya.
Semoga kita semua redha dan berlapang dada atas setiap sesuatu, di samping itu juga patuhlah kepada SOP yang telah ditetapkan. Sila bawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh memungkinkan tuan untuk tidak dapat masuk ke surau. Teruskan bersabar dan memperbanyakkan amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT segera mengangkat wabak Covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/08
29 Syaaban 1442H 12 April 2021
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
UCAPAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442H
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Seperti mana sedia maklum umat Islam dijangka akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1442H pada 13 April 2021 (Selasa). Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli PKPPI dan Warga PPUM.
In shaa Allah kita semua akan mula solat tarawih berjemaah pada hari Isnin, 12 April 2021. Jangan kita lalai dan leka, teruskan usaha menjaga pematuhan prosedur operasi standard dalam apa jua aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19. Sukacita juga disarankan setiap staf hendaklah memperbanyakkan doa agar dijauhi dari wabak penyakit dan terus melakukan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan untuk mendapat keberkatan pahala yang berganda.
Pihak Jawatankuasa PKPPI & Surau Ad Deeniah juga telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Berikut dilampirkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan diterima Allah SWT.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/07
26 Syaaban 1442H 9 April 2021
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, pihak PKPPI dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah telah bersetuju menyumbangkan bungkusan juadah berbuka puasa yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1442H. Juadah ini disediakan bagi staf yang bekerja giliran petang dan terhad kepada 350 bungkusan sahaja. Sumbangan juadah ini merupakan amal jariah daripada hasil derma dan sumbangan orang ramai yang merupakan individu dan juga jabatan di PPUM.
Sehubungan itu, perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah diperlukan untuk memaklumkan kepada wakil jabatan/unit/wad bagi mengambil bungkusan juadah tersebut di Surau Ad-Deeniah bermula jam 5.30 sehingga 6.30 petang. Agihan 350 bungkusan juadah tersebut akan dibuat berdasarkan pemantauan daripada pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah. Oleh yang demikian, jumlah agihan di setiap jabatan/unit/wad adalah mengambil kira keupayaan dan keperluan di semua tempat. Pihak kami juga masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari semua pihak bagi menjamin kelancaran program ini.
Di kesempatan ini juga pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memaklumkan bahawa ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda, maka pada tahun ini tiada majlis berbuka puasa harian seperti lazimnya.
Kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2021/06
19 Syaaban 1442H 02 April 2021
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PROGRAM AMBANG RAMADHAN 1442H
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, program Di Ambang Ramadhan akan dijalankan seperti ketetapan berikut :-
TARIKH
AKTIVITI
MASA
6 April 2021
Kaunter Derma Darah
9 pagi – 3 petang
6 April 2021
Agihan Bubur Lambuk Selepas Solat Zuhur
Selepas Solat Zuhur
7 April 2021
Kaunter PPZ
10 pagi – 3 petang
Semua aktiviti akan dijalankan di Surau Ad-Deeniah
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI dan Surau Ad-Deeniah mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web http://www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442H / 2021M
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bulan Ramadhan bakal menjelang dan seperti di tahun-tahun lepas pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah menyediakan jamuan iftar dan moreh. Seperti biasa program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan berkonsepkan amal jariah ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan makanan bagi keperluan di antara 500-600 orang pada setiap hari. Jumlah ini termasuk staf yang bekerja pada waktu petang, pelawat serta masyarakat di sekitar PPUM. Anggaran kos yang dibelanjakan pada setiap hari adalah di dalam anggaran RM6,000-RM 7,000 dan ia boleh meningkat berdasarkan keadaan semasa.
3. Sehubungan dengan itu pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memohon sumbangan daripada YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi sama-sama kita menjayakan program tersebut sepanjang Ramadhan ini. Semoga Allah SWT merahmati kita dan mendapat ganjaran pahala Ramadhan sebaiknya di atas sumbangan yang diberikan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-7949 4608/3774. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan Amal Jariah untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
4. Kerjasama dan sokongan daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan di atas sumbangan tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM
JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak Jawatankuasa PKPPI akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 seperti ketetapan berikut:-
3. Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan, agar dapat kita bersama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak demi meningkatkan prestasi generasi masa hadapan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan menambahkan lagi keberkatan majlis ini.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya Laman Web www.pkppippum.org.my Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM