PEMAKLUMAN BERKAITAN KEHADIRAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AD-DEENIAH

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/09

08 Ramadan 1442H
20 April 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKAITAN KEHADIRAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AD-DEENIAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Bagi menambahbaik perjalanan pengurusan solat Jumaat di Surau Ad-Deeniah, Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam dan Surau Ad-Deeniah, PPUM telah memutuskan untuk memperhalusi semula ketetapan yang sesuai bagi melancarkan urusan jemaah yang hadir pada waktu tersebut demi kebaikan bersama.
  2. Justeru itu mohon kerjasama semua pihak untuk patuh kepada peraturan-peraturan seperti berikut:
    • Kaunter pendaftaran dan saringan hanya akan dibuka pada jam 12.30 tengah hari.
    • Jawatankuasa masih mengekalkan sistem mengedarkan nombor saf kepada jemaah.
    • Jemaah tidak dibenarkan untuk mengambil nombor lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan.
    • Jemaah yang telah diberikan nombor dinasihatkan untuk terus duduk di saf masing-masing dan tidak meninggalkan surau sehingga selesai solat fardhu Jumaat. Sekiranya terpaksa berbuat demikian atas alasan yang tidak dapat dielakkan, maka jemaah diminta untuk memulangkan semula nombor tersebut dan akan diberikan kepada jemaah lain. Setelah selesai solat Jumaat, nombor perlu dipulangkan semula dan nombor baru akan dikeluarkan pada minggu berikutnya.
  3. Semoga kita semua redha dan berlapang dada atas setiap sesuatu, di samping itu juga patuhlah kepada SOP yang telah ditetapkan. Sila bawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh memungkinkan tuan untuk tidak dapat masuk ke surau. Teruskan bersabar dan memperbanyakkan amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT segera mengangkat wabak Covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM