JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021
PKPPI/EPA/2021/03
19 Februari 2021
07 Rejab 1442H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak Jawatankuasa PKPPI akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 19 Februari 2021
Hari : Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib (8 malam)
Tempat : Secara langsung di Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM
3. Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan, agar dapat kita bersama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak demi meningkatkan prestasi generasi masa hadapan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan menambahkan lagi keberkatan majlis ini.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan amanah,
Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

