PEMAKLUMAN BERKENAAN URUSAN DI PEJABAT PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/11

3 Jun 2021
22 Syawal 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKENAAN URUSAN DI PEJABAT PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Bersesuaian dengan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam prosedur operasi standard (SOP) bahawa semua aktiviti di masjid dan surau hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid/surau sahaja. Oleh kerana lokasi pejabat pengurusan PKPPI adalah terletak di dalam surau, maka kakitangan pentadbiran surau dan PKPPI telah diarahkan bekerja dari rumah mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan.
  2. Justeru itu adalah dimaklumkan bahawa semua urusan yang melibatkan penghantaran borang permohonan hanya boleh dibuat melalui email sahaja. Sekiranya ada keperluan untuk berurusan secara bersemuka, sila hubungi talian 03-79494608/3774. Arahan ini berkuatkuasa dari 1 Jun 2021 hingga tamat PKP.
  3. Semoga kita semua patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan tingkatkan lagi amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT supaya Allah SWT segera mengangkat wabak covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM