SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442H / 2021M

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/05 

08 Mac 2021
24 Rejab 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan                                                                
 
SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI PROGRAM IHYA’  RAMADHAN 1442H / 2021M
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.    Adalah dimaklumkan bulan Ramadhan bakal menjelang dan seperti di tahun-tahun lepas pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah menyediakan jamuan iftar dan moreh.  Seperti biasa program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan berkonsepkan amal jariah ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan makanan bagi keperluan di antara 500-600 orang pada setiap hari.  Jumlah ini termasuk staf yang bekerja pada waktu petang, pelawat serta masyarakat di sekitar PPUM.  Anggaran kos yang dibelanjakan pada setiap hari adalah di dalam anggaran RM6,000-RM 7,000 dan ia boleh meningkat berdasarkan keadaan semasa.
 
3.     Sehubungan dengan itu pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memohon sumbangan daripada YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi sama-sama kita menjayakan program tersebut sepanjang Ramadhan ini.  Semoga Allah SWT merahmati kita dan mendapat ganjaran pahala Ramadhan sebaiknya di atas sumbangan yang diberikan.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-7949 4608/3774. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan Amal Jariah untuk makluman dan tindakan selanjutnya.   
 
4.     Kerjasama dan sokongan daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan di atas sumbangan tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  
 
 
Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM