Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bulanan.

Assalamualaikum,

PKPPI dan Surau Ad-Deeniah menjemput semua yang berkelapangan untuk turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bulanan.

Majlis bagi bulan Mac akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:
16 Mac 2023 / 23 Syaaban 1444H
Hari: Khamis
Masa: 8 malam
Lokasi:
Surau Ad-deeniah, PPUM

Juga Secara Langsung di Facebook Rasmi PKPPI
Facebook link: https://www.facebook.com/pkppi.ppum

Tentatif majlis:

  1. Bacaan yasin
  2. Doa selamat

Staf dan pelajar yang berkelapangan pada tarikh dan waktu tersebut dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.

Terima kasih.

Kembara Royal Belum

Pada 11-12 Mac 2023, Biro Pembangunan Komuniti PKPPI telah menganjurkan Program Kembara Royal Belum yang bertempat di Royal Belum, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti aktiviti tersebut.

Objektif aktiviti ini adalah bertujuan mewujudkan sikap menyayangi serta memelihara khazanah alam ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya. Selain itu ia turut dapat mengeratkan silatulrahim, memupuk semangat setiakawan serta meningkatkan ketahanan fizikal, jasmani dan rohani di kalangan peserta.

Antara aktiviti Kembara Royal Belum ini ialah bermalam 2 hari 1 malam di D Cruise Houseboat, hiking ke air terjun Sg Kooi, trekking ke Kelah Sanctuary & Bunga Reflesia, aktiviti kayak dan rakit, tazkirah selepas sholat dan tidak ketinggalan aktiviti memancing.

Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bulanan.

Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bersempena Anak-anak Yang Akan Menduduki Peperiksaan SPM.

PKPPI dan Surau Ad-Deeniah menjemput semua yang berkelapangan untuk turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 17 Februari 2023
Hari: Jumaat
Masa: 8 malam
Lokasi: Surau Ad-deeniah, PPUM

Juga Secara Langsung di Facebook Rasmi PKPPI
Facebook link: https://www.facebook.com/pkppi.ppum

Tentatif majlis:

  1. Bacaan yasin
  2. Doa selamat

Staf dan pelajar yang berkelapangan pada tarikh dan waktu tersebut dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.

Terima kasih.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/21

17 November 2021
12 Rabiulakhir 1443H

image.png

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,     

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM kali ke-49 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh : 11 Disember 2021 / 06 Jamadilawal 1443H

            Hari : Sabtu

            Masa : 08.00 pagi

            Secara Dalam Talian

3.         Memandangkan  kita masih lagi dalam kemelut  wabak Covid-19, dan demi menjamin keselamatan bersama, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa mesyuarat agung pada kali ini juga akan bersidang secara dalam talian sepertimana Mesyuarat agung yang lepas. Pautan bagi mengikuti mesyuarat secara dalam talian akan dibekalkan kemudian.

4.     Pihak jawatankuasa telah memutuskan tempoh perjalanan mesyuarat akan disingkatkan agar aktiviti ini dapat diselesaikan dengan segera. Sehubungan dengan itu Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini juga dilampirkan Agenda Mesyuarat sebagai makluman awal.  

5. Sebarang usul/cadangan berkaitan hendaklah dikemukakan melalui Borang Usul seperti yang dilampirkan dan dihantar ke Pejabat PKPPI, Surau Ad-Deeniah sebelum 6 Disember 2021. Laporan Tahunan PKPPI 2020 dan laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 akan diedarkan melalui email tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mesyuarat tersebut akan lebih mengimarahkan semangat bermesyuarat dalam membantu PKPPI untuk terus lebih berinovatif di masa akan datang.

Kerjasama Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.      

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

PKPPI/EPA/2021/17

15 Oktober 2021
8 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan kehadiran bulan Rabiulawal bulan kelahiran insan yang dimuliakan umat Islam, PKPPI bakal menganjurkan Program Derma Darah Perdana dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi PPUM yang akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

            Program          :           Derma Darah Perdana

            Tarikh              :           20, 21 & 22 Oktober 2021 (Rabu, Khamis & Jumaat)

            Masa               :           9.00 pagi – 4.00 petang

            Tempat            :           Dataran Siti Khadijah, Tingkat 2, Menara Timur

3.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021

PKPPI/EPA/2021/03

19 Februari 2021
07 Rejab 1442H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan, pihak Jawatankuasa PKPPI akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 seperti ketetapan berikut:-

            Tarikh              :           19 Februari 2021

            Hari                 :           Jumaat

            Masa               :           Selepas solat Maghrib (8 malam)

            Tempat            :           Secara langsung di Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM

3.         Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan, agar dapat kita bersama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak  demi  meningkatkan prestasi generasi masa hadapan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan menambahkan lagi keberkatan majlis ini.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

1 2