Kembara Royal Belum

Pada 11-12 Mac 2023, Biro Pembangunan Komuniti PKPPI telah menganjurkan Program Kembara Royal Belum yang bertempat di Royal Belum, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti aktiviti tersebut.

Objektif aktiviti ini adalah bertujuan mewujudkan sikap menyayangi serta memelihara khazanah alam ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya. Selain itu ia turut dapat mengeratkan silatulrahim, memupuk semangat setiakawan serta meningkatkan ketahanan fizikal, jasmani dan rohani di kalangan peserta.

Antara aktiviti Kembara Royal Belum ini ialah bermalam 2 hari 1 malam di D Cruise Houseboat, hiking ke air terjun Sg Kooi, trekking ke Kelah Sanctuary & Bunga Reflesia, aktiviti kayak dan rakit, tazkirah selepas sholat dan tidak ketinggalan aktiviti memancing.