TAZKIRAH “Azab Neraka”

“Azab Neraka”

Hadith: 
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  2. Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah
  3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia
  4. Hadis ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.

TAZKIRAH “Kemanisan Iman”

“Kemanisan Iman”

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu:
    1. Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
    2. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja, sebaliknya benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya.
  3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai rintangan dan ancaman.
  4.  Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa enak dan lazat melakukan taat, serta mengutamakan taat daripada harta benda dunia.
  5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredaan kedua-duanya daripada keredaan yang lain dan daripada hawa nafsu.
  6. Tanda atau bukti cinta kasih kerana Allah ialah penghormatan kepada orang yang dikasihi itu tetap sama dalam semua keadaan walaupun orang itu bertindak kasar terhadapnya.
  7. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.

TAZKIRAH “Hubungan Silaturrahim”

“Hubungan Silaturrahim”

Hadith: 
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Hubungan silaturrahim adalah salah satu cara yang membolehkan seorang masuk syuga.
  2. Hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
  3. Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah SAW melakukannya.
  4. Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
  5. Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadat-ibadat yang tersebut dalam hadisnya ini.
  6. Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.

Tanggung Jawab Sekratariat

SEKRETARIAT DI JABATAN YANG DIPERTUA

  • membantu Jabatan YDP merancang dan melaksanakan beberapa perkara dasar ke arah memantapkan lagi persatuan PKPPI-PPUM ini.
  • telah dirancang dan sedang diuruskan secara aktif adalah projek pembinaan semula Surau Ad-Deeniah yang dijangka menelan kos sebanyak RM 7 juta. Rancangan pengumpulan dana telah dimulakan

SEKRETARIAT EKONOMI DAN PERNIAGAAN

  • bertanggungjawab untuk mentadbir peralatan di Setor Surau
  • jualan makanan tengah hari disediakan kepada Jemaah yang tidak sempat makan tengah hari – perniagaan kantin di Medan Selera dan pengurusan setor di Surau Ad-Deeniah PPUM.

SEKRETARIAT PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN JARIAH

  • dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang terdapat didalam PKPPI.
    • Majlis Qurban & Aqiqah
    • Majlis Berkhatan
    • melawat ahli PKPPI yang sakit di wad dan ditimpa bencana alam.

SEKRETARIAT PEMBANGUNAN INSAN DAN SYARIAH

  • dipertanggungjawabkan bagi menguruskan pengajian dan lain-lain aktiviti yang berkaitan keagamaan perayaan hari kebesaran Islam dan seumpamanya.

SEKRETARIAT PENERANGAN DAN KOMUNIKASI

  • menyebarkan maklumat berkaitan dengan aktiviti persatuan sepanjang tahun serta program-program yang akan diadakan untuk ahli-ahli persatuan khususnya dan orang ramai amnya.
  • melalui laman web Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam PPUM

SEKRETARIAT PENDIDIKAN DAN DAKWAH

  • majlis meraikan pelajar cemerlang

SEKRETARIAT HAL EHWAL WANITA DAN UKHUWAH

  • Sekretariat HEWDU turut mengambil bahagian dalam menjayakan aktiviti PKPPI :
  • Majlis Anugerah Anak Cemerlang, Penyembelihan Qurban/Aqiqah dan Majlis Doa Selamat peserta berkhatan.
  • Majlis meraikan :
    • ahli yang bersara dari PPUM
    • Jemaah Haji yang telah pergi menunaikan Fardhu HajI
    • lawatan ke Rumah Anak Yatim, Rawang Selangor
    • Kempen derma darah sempena Bulan Ramadhan dan Syawal
    • Pengajian khusus untuk muslimah
    • Tadarus Al-Quran

SEKRETARIAT SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  • berperanan mengadakan aktiviti Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

Struktur Organisasi 2012

 

STRUKTUR ORGANISASI PKPPI, PPUM
 

                   PENGURUSAN & PENTADBIRAN PKPPI
Profesor Dato’ Dr Ikram Shah bin Ismail
PENAUNG
Hj Sidek bin Miko
YANG DIPERTUA
Hj Hashim bin Anuar
NAIB YANG DIPERTUA
Encik Abdul Latif bin Ismail
SETIAUSAHA KEHORMAT
Encik Abdul Razak bin Mahmood
PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT
Encik Muhammad Shoid bin Shafie
BENDAHARI

AHLI JAWATAN KUASA

Encik Abdul Latif bin Ismail

SEKRETARIAT INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS

Encik Abdul Razak bin Mahmood (Pengerusi)

SEKRETARIAT EKONOMI & PERNIAGAAN

Encik Hj Iskandar bin Ahmad

SEKRETARIAT DI JABATAN YANG DIPERTUA

Encik Abd. Mutalib Raoh bin Saad (Pengerusi)

SEKRETARIAT KEBUDAYAAN, SUKAN DAN KESENIAN

Encik Mohd Isham bin Ibrahim (Pengerusi)

Puan Husna binti Sulman (Naib Pengerusi)

SEKRETARIAT PENDIDIKAN & DAKWAH

Encik Isa bin Mohd Yussop (Pengerusi)

SEKRETARIAT PEMBANGUNAN INSAN & SYARIAH

Encik Mazlan bin Md Yassin (Pengerusi)

Encik Muhammad Shauib Wee bin Jamil Wee (Naib Pengerusi)

SEKRETARIAT PERKHIDMATAN MASYARAKAT & JARIAH

Puan Hajjah Saaidah bt Hj Ambak (Pengerusi)

Encik Mohamad Yasar bin Mat Desa (Naib Pengerusi)

SEKRETARIAT PENERANGAN & KOMUNIKASI

Puan Suriah bt Mohd Amin (Pengerusi)

 Puan Hajah Noriah bt Yahaya Uddin (Naib Pengerusi)

Cik Hajah Maliza bte Mohamad

SEKRETARIAT HAL EHWAL WANITA & UKHUWAH

AHLI JAWATAN KUASA KERJA
Encik Muhammad Shoid bin Shafie
 Encik Adam Asyraf bin Sulaiman
Puan Hajah Noriah bt Yahaya Uddin
Puan Hasanah bt Ahmad
Puan Husna bt Sulman
                     PEGAWAI –PEGAWAI SURAU AD DEENIAH PPUM
Ustaz Kamal Eazzat bin Mat Isa
IMAM 1
Encik Abdul Moin bin Abdul Hamid
IMAM 2
Encik Hj Yusoff bin Abdullah
BILAL 1
Encik Mohd Nor Zaidi bin Abdullah
BILAL 2
SIAK

Tazkirah ”Bersyukur Sifat Orang Mukmin”

Orang Mukmin”

Bersyukur

Hadith: Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Huraian Hadith: Kehidupan Mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.

Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang Mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.

Setiap orang hendaklah mensyukuri pemberian Allah sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

Aktiviti PKPPI & Surau Sepanjang 2012

TARIKH  MASIHI TARIKH HIJRAH PERKARA
09.01.2012  22 Safar 1433H Borang Penamaan Calun   diedarkan kepada Ahli PKPPI
09.02.2012  16 Rabiulawal 1433H Penamaan Calon   ditutup
12.03.2012  19 Rabiulakhir 1433H Kertas Undi   diedarkan kepada ahli PKPPI
30.03.2012  7 Jamadilawal 1433H Pengundian ditutup
31.03.2012  8 Jamadilawal 1433H Mesyuarat Agung Ke – 40

Aktiviti PKPPI & Surau Sepanjang 2011

TARIKH  MASIHI TARIKH HIJRAH PERKARA
01.03.2011 26 Rabiulawal 1432H Ceramah Maulidurrasul
16.04.2011  12 Jamadilawal 1431H Mesyuarat Agung Ke-39
22.07.2011  20 Syaaban 1432H Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
22.07.2011  20 Syaaban 1432H Majlis Meraikan Pesara Dan Jemaah Haji
24.07.2011  22 Syaaban 1432H Pertandingan Ping Pong
Ogos 2011 Ramadhan 1432H
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Sembahyang Sunat Terawih
  • Majlis Tadarus Al-Quran
  • Kutipan Zakat Fitrah
  • Tazkirah Zohor – Setiap Isnin
20.08.2011  20 Ramadhan 1432H Lawatan Rumah Anak Yatim , Rawang Selangor
25.08.2011  25 Ramadhan 1432H Majlis Khatam Al-Quran
08.11.2011  12 Zulhijjah 1432H Majlis Penyembelihan Qurban/Aqiqah
06.11.2011  10 Zulhijjah 1432H Mengadakan Solat Sunat Aidiladha (Hari Raya Qurban)
25.11.2011  29 Zulhijjah 1432H Majlis Doa Selamat untuk Peserta Berkhatan
29 & 30.12.2011  3-4 Muharram 1432H Upacara berkhatan anak-anak staf PPUM
01.12.2011  5 Muharram 1432H Upacara berkhatan anak-anak staf PPUM

TAZKIRAH “Penghuni Syurga ialah Sebaik-baik Muslim”

“Penghuni Syurga ialah Sebaik-baik Muslim”

Hadith: 

Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah SAW kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, “kami pun mohon diperbanyakkan lagi”. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
  2. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
  3. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar.
  4. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

9 Disember 2013
6 Safar 1435H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan,

SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan kami dengan pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia bertarikh 6 Disember 2013.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) ingin mengajak YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri bagi meringankan beban mereka. Sehubungan dengan itu, Surau Ad-Deeniah akan menjadi pusat pengumpulan barangan berkenaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 10 – 12 Disember 2013
Tempat : Surau Ad-Deeniah, PPUM.
Jenis Barangan Keperluan : Seperti Di Lampiran A

3. Bagi sumbangan pakaian, pihak kami amat berbesar hati sekiranya sumbangan tersebut dapat diasingkan mengikut kategori seperti pakaian kanak-kanak, dewasa lelaki dan perempuan, dilabel mengikut peringkat umur atau seumpama dengannya. Sebagai makluman, pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bersetuju untuk mengambil sumbangan tersebut dari Surau Ad-Deeniah untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami di talian 03-79494608 / 3774 / 2043 / 2919. Kerjasama dan sumbangan daripada YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi ganjaran pahala sebaiknya di atas sumbangan ikhlas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya

1 2 3 4 5 6 25