SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
9 Disember 2013
6 Safar 1435H
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan,
SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan kami dengan pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia bertarikh 6 Disember 2013.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) ingin mengajak YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri bagi meringankan beban mereka. Sehubungan dengan itu, Surau Ad-Deeniah akan menjadi pusat pengumpulan barangan berkenaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:-
| Tarikh | : | 10 – 12 Disember 2013 |
| Tempat | : | Surau Ad-Deeniah, PPUM. |
| Jenis Barangan Keperluan | : | Seperti Di Lampiran A |
3. Bagi sumbangan pakaian, pihak kami amat berbesar hati sekiranya sumbangan tersebut dapat diasingkan mengikut kategori seperti pakaian kanak-kanak, dewasa lelaki dan perempuan, dilabel mengikut peringkat umur atau seumpama dengannya. Sebagai makluman, pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bersetuju untuk mengambil sumbangan tersebut dari Surau Ad-Deeniah untuk diserahkan kepada mangsa banjir.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami di talian 03-79494608 / 3774 / 2043 / 2919. Kerjasama dan sumbangan daripada YBhg. Prof/Dato/ Datin/Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi ganjaran pahala sebaiknya di atas sumbangan ikhlas tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
