SUMBANGAN IKHLAS

Sumbangan ikhlas kepada pembangunan sebarang aktiviti Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PKPPI,PPUM) dan Surau AdDeniah, boleh disalurkan melalui Bendahari, Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam ke akaun Bank Islam (14-171-01-0001377).

Jumlah Kutipan Sumbangan Ikhlas setakat hari ini : RM XXXXX.XX.

Sila klik pautan ini untuk melihat ke mana Dana dari Sumbangan Ikhlas ini dialurkan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung ini boleh hubungi kami di :-
Pejabat : 03-7949 3774 ATAU Faks : 03-79562253
Emel : pkppippum@gmail.com

Utama

Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PKPPI), telah ditubuhkan sejak tahun 1971. Pentadbiran Persatuan dianggotai oleh Yang Dipertuan, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 10 orang Ahli Jawatankuasa. No pendaftaran 1015 (Selangor).

TUJUAN

Merapat dan menyatukan perpaduan semua pekerka-pekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan antara PKPPI dengan persatuan kebajikan yang lain.

Menggalakkan ahli PKPPI supaya berperasaan tolong-menolong di antara ahli-ahlinya di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebajikan, terutamanya kematian dan kemalangan.

Menggalak dan mengekalkan kerjasama PKPPI dengan pihak PPUM dan menyuarakan di atas perkara-perkara yang mendatangkan kebajikan kepada ahli-ahlinya.

Merapat dan mengekalkan muhibbah ahli-ahli PKPPI dengan pekerja-pekerja bukan Islam.

KEAHLIAN
Keahlian terbuka kepada semua kakitangan PPUM yang beragama Islam yang dilantik oleh Lembaga Pengurus dengan melengkapkan borang keahlian yang boleh didapati secara online (klik sini) ATAU dari Pejabat PKPPI berserta persetujuan untuk membuat sumbangan setiap bulan melalui potongan gaji sebanyak RM 3.00 setiap bulan.

JUMLAH AHLI SEHINGGA 31/12/2011 – 2788 AHLI