TAZKIRAH “Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

24  April 2012

2 Jamadilakhir 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat”

Hadith: 

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka.”

(Riwayat Ahmad)

Huraian Hadith: 

 

1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.
2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.
3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

TAZKIRAH “Sikap Yang Baik”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

23  April 2012

1 Jamadilakhir 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Sikap Yang Baik”

 

Hadith:

 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.

(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Huraian Hadith: 

 

i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali .
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

TAZKIRAH “Tujuh Golongan Insan Contoh”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

20  April 2012

28 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Tujuh Golongan Insan Contoh”

Hadith: 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! , orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Huraian Hadith: 

 

Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya “ Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
– Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
– Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!
– Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
– Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

TAZKIRAH “Memelihara Hubungan”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

 

19 April 2012

27 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Memelihara Hubungan”

 

Hadith: 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 

 

Pengajaran hadis:
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.

TAZKIRAH “Kebaikan Membawa Ganjaran Berlipat Ganda”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

18 April 2012

26 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Kebaikan Membawa Ganjaran Berlipat Ganda”

 

Hadith: 

 

Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib RA daripada Rasulullah SAW dalam apa yang  diriwayatkan daripada tuhannya (Hadith Qudsi) Allah SWT sabdanya : “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatitkan untuknya satu dosa.”

 

Huraian Hadith: 

 

1.       Setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan mendapat ganjaran atau balasan (pahala atau dosa).

2.       Sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda bermula daripada sepuluh kali ganda hingga 700

atau lebih.

3.       Orang yang berniat hendak mengerjakan kebajikan tetapi tidak dapat dilakukannya, dia akan mendapat balasan satu pahala kebaikan sebaliknya sesiapa yang

berniat hendak melakukan kejahatan tetapi tidak dilakukannya kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan dosa malah diberi pahala.

4.       Tiap-tiap kejahatan yang dilakukan dicatatkan balasannya satu kejahatan sahaja.

TAZKIRAH “Ujian Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

17 April 2012

25 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

 “Ujian Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah”

 

Hadith:

 

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
  2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
  3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
  4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
  5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
  6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
  7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

TAZKIRAH “Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

16 April 2012

24 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga”

Hadith: 

 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”

 

Huraian Hadith: 

  1. Orang beriman yang bertawakal kepada Allah dan tidak berasa bimbang tentang masalah rezekinya adalah seperti burung yang berusaha mencari rezeki setiap hari untuk hari itu sahaja.
  2. Orang yang hatinya seperti burung yakni benar-benar berserah dan percaya jaminan Allah kepada dirinya akan dimasukkan ke Syurga.
  3. Sifat yakin dan tawakal amat dituntut dalam Islam.

TAZKIRAH “Sifat Benar Membawa Ke Syurga”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

13 April 2012

21 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Sifat Benar Membawa Ke Syurga”

Hadith: 

 

Daripada  Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA daripada Nabi SAW bersabda, sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Kebenaran boleh diukur dengan kata-kata yang menepati realiti yang berlaku, dan boleh diukur dengan tindakan atau pelaksanaan yang terbaik.
  2. Kesudahan bagi orang yang bersikap benar adalah syurga, dan kesudahan bagi pendusta adalah neraka.
  3. Kita hendaklah sentiasa bercakap benar kerana benar pendorong kebaikan dan menjauhkan diri daripada berdusta kerana dusta pendorong kejahatan.
  4. Fadilat (kelebihan) benar (as-Sidiq) membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, sebaliknya pula dusta membawa kerugian di dunia dan di akhirat.

TAZKIRAH “Mentauhidkan Allah SWT”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

12 April 2012

20 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Mentauhidkan Allah SWT”

Hadith: 

 

Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Rasulullah sentiasa bersikap benar sehingga diakui oleh musuh, kerana Abu Sufian, pada masa pertemuan dengan Hirqal masih merupakan seorang kafir dan memusuhi Rasulullah SAW.
  2. Tunjang Islam adalah mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
  3. Berpegang dengan kepercayaan jahiliah  dalam masalah agama adalah dilarang.
  4. Seruan Islam itu adalah untuk seluruh manusia.
  5. Tauhid (beriman) kepada Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islam.
  6. Menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah terkeluar daripada akidah Islam.

TAZKIRAH ” Allah Tempat Berlindung dan Bermohon”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

10 April 2012

18 Jamadilawwal 1433H

Kepada:

  Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

  Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

“Allah Tempat Berlindung dan Bermohon”

Hadith: 

 

Daripada Ibnu Mas’ud RA bahawasanya Nabi SAW pernah berdoa, “Ya Allah aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, terhindar daripada kejahatan dan kekayaan jiwa.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Orang yang beriman hendaklah sentiasa tunduk dan berlindung kepada Allah dalam semua keadaan.
  2. Di antara sifat-sifat mulia ialah yang dipohon oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini iaitu taqwa, afaf  (menghindarkan diri daripada larangan Allah) dan kaya jiwa.
  3. Permohonan kepada Allah hendaklah daripada perkara yang diredhai khususnya untuk menjadi hamba yang bertaqwa.
1 14 15 16 17