SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/07

26 Syaaban 1442H
9 April 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, pihak PKPPI dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah telah bersetuju menyumbangkan bungkusan juadah berbuka puasa yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1442H. Juadah ini disediakan bagi staf yang bekerja giliran petang dan terhad kepada 350 bungkusan sahaja. Sumbangan juadah ini merupakan amal jariah daripada hasil derma dan sumbangan orang ramai yang merupakan individu dan juga jabatan di PPUM.
  2. Sehubungan itu, perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah diperlukan untuk memaklumkan kepada wakil jabatan/unit/wad bagi mengambil bungkusan juadah tersebut di Surau Ad-Deeniah bermula jam 5.30 sehingga 6.30 petang. Agihan 350 bungkusan juadah tersebut akan dibuat berdasarkan pemantauan daripada pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah. Oleh yang demikian, jumlah agihan di setiap jabatan/unit/wad adalah mengambil kira keupayaan dan keperluan di semua tempat. Pihak kami juga masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari semua pihak bagi menjamin kelancaran program ini.
  3. Di kesempatan ini juga pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memaklumkan bahawa ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda, maka pada tahun ini tiada majlis berbuka puasa harian seperti lazimnya.

Kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Sumbangan Amal Jariah Bagi Program Harian Berbuka Puasa & Morey Sempena Bulan Ramadhan 1433H / 2012M

Ruj : PKPPI / 2012 / 16

20 Jun 2012M
30 Rejab 1433H

Assalammualaikum W.B.T

Y.Bhg. Tan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan

Sumbangan Amal Jariah Bagi Program Harian Berbuka Puasa & Morey Sempena Bulan Ramadhan 1433H / 2012M

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam dan Surau Ad-Deeniah akan menyediakan jamuan berbuka puasa dan morey sebagai antara aktiviti harian yang berkonsepkan amal jariah kepada masyarakat disekeliling PPUM. Merujuk program sama yang telah dijalankan pada tahun lepas, pihak persatuan telah menyediakan makanan bagi keperluan di antara 400-500 orang pada setiap hari. Jumlah ini termasuk staf yang bekerja pada waktu malam, pelawat, masyarakat di sekeliling PPUM dan sebagainya. Kos yang dibelanjakan pada setiap hari adalah dianggarkan RM2000-2500 dan ia boleh meningkat berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

3. Sehubungan dengan itu pihak PKPPI dan Surau Ad Deeniah ingin memohon sumbangan daripada Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan bagi sama-sama kita menjayakan program tersebut sepanjang ramadhan nanti. Semoga Allah merahmati kita dan mendapat ganjaran pahala ramadhan sebaiknya di atas sumbangan yang diberikan.

4. Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Tan Sri/ Dato’/Datin/ Tuan/ Puan di atas sumbangan tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Borang sumbangan amal jariah boleh didapatkan dari pkppi.ummc.edu.my untuk makluman dan tindakan selanjutnya.


Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya