TAZKIRAH Orang Yang Memakan Debu Panas

Orang Yang Memakan Debu Panas
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “WahaiRasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuatbaik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadapaku”. Makajawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakana itu maka seolah-oleh engkau member makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau member pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifatkamu”.
Huraian Hadith:
1. Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubung anantara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan.

2. Berbuatbaiklah dengan kaumkeluarga dengan tujuan mengeratkan hubungansilaturahim, semoga mendapat keredhaan dan pertolongan daripada Allah.

3. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesame keluarga untuk menjamin kesejahteraan.

4. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuatbaik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.