TAZKIRAH “Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

9 April 2012

17 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa”

 

Hadith: 

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan  (dosa besar).”

Huraian Hadith: 

1.    Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah, lebih-lebih lagi memandang ringan terhadap dosa besar.

2.    Orang yang paling mengenal Allah selepas para Nabi dan Rasul AS dan paling wara’ dan taqwa ialah sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kerana perkara yang dianggap remeh oleh generasi selepas mereka adalah perkara yang sangat besar pada anggapan mereka, kerana sempurnanya pengetahuan mereka terhadap Allah.

3.    Ada perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian orang sedangkan perkara itu dipandang berat dan mencelakakan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah.

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya