TAZKIRAH “Allah Tidak Memandang Rupa Paras Manusia”
“Allah Tidak Memandang Rupa Paras Manusia”
Hadith:
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.
