TAZKIRAH “Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki”

“Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki”

Hadith:

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezek I dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.

(Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin)
Huraian Hadith:

  1. Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.
  2. Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
  3. Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
  4. Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.