PROGRAM QURBAN & AQIQAH ANJURAN PKPPI & SURAU AD-DEENIAH, PPUM TAHUN 2017/1438H
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PKPPI/EPA/2017/16
26 Julai 2017
02 Zulkaedah 1438H
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Program Qurban & Aqiqah Anjuran PKPPI & Surau Ad-Deeniah, PPUM Tahun 2017/1438H
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah akan mengadakan ProgramQurban & Aqiqah sebagai aktiviti tahunan persatuan dan surau. Butiran program qurban dan aqiqah adalah seperti berikut:
Tarikh : 3 September 2017/12 Zulhijjah 1438H(Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Surau Ad-Deeniah, PPUM
Kadar 1 Bahagian : RM 680.00
Jumlah : 10 ekor (lembu)
- Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga29 Ogos 2017 (Selasa). Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-79493774/4608. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Penyertaan Qurban & Aqiqah 2017.
Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM