ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/15

12 Oktober 2021
05 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa pada tahun ini majlis meraikan pelajar cemerlang dan pesara masih tidak dapat diadakan seperti lazimnya disambut pada setiap tahun. Ini adalah berikutan dari penularan pandemic Covid-19 yang belum reda dan banyak prosedur operasi standard yang mesti dipatuhi sekiranya majlis yang seumpamanya dijalankan.
  2. Walau bagaimanapun bagi anak-anak/staf cemerlang 2020, adalah dialu-alukan untuk mengisi dan menghantar borang anugerah bermula dari 18 Oktober 2021. Pada tahun ini PKPPI berbesar hati untuk meraikan para hafiz dan hafizah yang telah menghafaz 15 juzuk dan 30 juzuk surah al-Quran. Bagi kategori baharu ini perlu dilampirkan salinan sijil dan pengesahan dari institusi pengajian yang berkenaan. Tarikh bagi menuntut cenderahati akan dimaklumkan kemudian. Begitu juga dengan staf yang bersara pada tahun 2021 akan menerima cenderahati masing-masing bermula pada tarikh yang sama.
  3. Borang anugerah pelajar cemerlang hendaklah dilengkapkan dan dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum 26 November 2021 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat PKPPI di talian 03-79494608 / 3774. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM