TAZKIRAH “Hubungan Silaturrahim”

“Hubungan Silaturrahim”

Hadith: 
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Hubungan silaturrahim adalah salah satu cara yang membolehkan seorang masuk syuga.
  2. Hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
  3. Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah SAW melakukannya.
  4. Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
  5. Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadat-ibadat yang tersebut dalam hadisnya ini.
  6. Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.