Profil PKPPI

PENGENALAN PKPPI,PPUM

Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PKPPI), telah ditubuhkan sejak tahun 1971. Pentadbiran Persatuan dianggotai oleh Yang Dipertuan, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 10 orang Ahli Jawatankuasa. No pendaftaran 1015 (Selangor).

 TUJUAN
  • Mewujudkan jalinan hubungan erat dan menggalakkan kerjasama di antara ahli-ahli Persatuan;
  • Memantapkan kerjasama erat dengan pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai wadah untuk menyuarakan pendapat atau cadangan ke arah penambahbaikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada ahli-ahli Persatuan;
  • Bekerjasama dengan lain-lain persatuan atau pertubuhan dalam aktiviti-aktiviti kebajikan Islam, kerohanian, dakwah dan pengembangan Islam;
    Mengekalkan semangat muhibbah ahli-ahli persatuan dengan staf-staf yang bukan beragama Islam;
  • Menguruskan kebajikan ahli dan kegiatan Persatuan untuk dimanfaatkan oleh ahli Persatuan.
 KEAHLIAN

Keahlian terbuka kepada semua kakitangan PPUM yang beragama Islam yang dilantik oleh Lembaga Pengurus dengan melengkapkan borang keahlian yang boleh didapati secara online (klik sini) ATAU dari Pejabat PKPPI berserta persetujuan untuk membuat sumbangan setiap bulan melalui potongan gaji sebanyak RM 5.00 setiap bulan.