TAZKIRAH “Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki”

“Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki”

Hadith:

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezek I dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.

(Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin)
Huraian Hadith:

  1. Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.
  2. Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
  3. Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
  4. Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.

TAZKIRAH “Adab Sesama Muslim”

“Adab Sesama Muslim”

Hadis :
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Pengajaran hadis:

  1. Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
  2. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana diaakan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
  3. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
  4. Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dankeharmonian sesebuah masyarakat.

TAZKIRAH Orang Yang Memakan Debu Panas

Orang Yang Memakan Debu Panas
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “WahaiRasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuatbaik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadapaku”. Makajawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakana itu maka seolah-oleh engkau member makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau member pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifatkamu”.
Huraian Hadith:
1. Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubung anantara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan.

2. Berbuatbaiklah dengan kaumkeluarga dengan tujuan mengeratkan hubungansilaturahim, semoga mendapat keredhaan dan pertolongan daripada Allah.

3. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesame keluarga untuk menjamin kesejahteraan.

4. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuatbaik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.

TAZKIRAH “Berbakti Kepada Ibu Bapa”

Berbakti KepadaIbuBapa

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA jugadaripadaNabi SAW sabdanya, “Hinalahkemudian, hinalahkemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempathidupbersamadengansalahseorangdaripadaibubapanyaataukedua-duanyasekaliketikamerekatuasedangkandiatidakdapatmasuksyurga” (dengansebabitu)”.
Huraian Hadith:
1. Islam menyuruhumatnyasupayamengutamakanberbuatbaikkepadaibubapadankemudiankepadakeluarga.

2. Ibubapaadalah orang yang paling patutdihormati. Sesiapa yang mengabaikantanggungjawabterhadapmerekanescayadiatidakakanmasuksyurga.

3. Islam memandanghinakepada orang-orang yang tidakmengambiltahuhalibubapamereka.

4. Islam mengajarumatnyabersopansantundenganibubapa.

5. Berbuatbaikkepadaibubapaadalahwajibwalaupunmerekamasihmuda, tetapi hadith inimenyebutketikatuakeranapadaketikaitumerekalebihberhajatkepadabaktianak-anakdisebabkankelemahanmereka.

6. Derhakakepadaibubapaadalahantaradosabesar yang menyebabkanseorangitudihalangdaripadarahmat Allah.

Sumber :Kitab Riyadh as-Solihin

TAZKIRAH ”Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama”

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan
tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya
dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
selemah-lemah iman.

Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma’aruf dan mencegah
kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng,
kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa
mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan
atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan
membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah

TAZKIRAH “Sebaik-baik Sahabat dan Jiran”

“Sebaik-baik Sahabat dan Jiran”
Hadith:

Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.
(Riwayat At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan)
Huraian Hadith:
Islam menggalakkan hubungan baik antara jiran tetangga dan sahabat handai.

Orang yang berbaik-baik dengan jiran tetangga dan sahabat handai sentiasa dipuji dan dimuliakan oleh Allah SWT.

Hubungan persaudaraan hendaklah diperluas dan dipereratkan antara sesama Islam.

Islam menitikberatkan hal kejiranan dan persahabatan.

TAZKIRAH “3 Perkara Yang Disukai Allah”

TAZKIRAH
“3 Perkara Yang Disukai Allah”
Hadith:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Huraian Hadith:
Islam menghendaki umatnya supaya menyegerakan sembahyang apabila telah masuk waktunya, berbuat baik kepada ibubapa dan berjuang menegakkan agama Allah.

Umat Islam diberi ingat supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibubapa kerana akibatnya adalah dosa yang amat besar.

Kewajipan tulin terhadap Allah yang paling afdhal selepas dua kalimat syahadah ialah sembahyang, kewajipan terhadap manusia yang paling afdhal ialah berbakti kepada ibu bapa dan jenis pengorbanan yang paling afdhal ialah jihad, kerana jihad ialah wasilah dan cara untuk memelihara hak Allah dan hak manusia.

Disebut “بر الوالدين” berserta dengan sembahyang menunjukkan ia sangat penting untuk menghargai jasa dan susah payah ibu bapa.

TAZKIRAH “Akhlak Ahli Syurga Dan Neraka”

TAZKIRAH
“Akhlak Ahli Syurga Dan Neraka”
Hadith:

Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Huraian Hadith:
Gambaran sifat-sifat diantara ahli syurga dan ahli neraka dapat dikenali semasa didunia lagi.

Umat Islam yang mendapat kemenangan dihari akhirat kebanyakkannya adalah daripada golongan yang lemah dan yang dipandang hina oleh manusia semasa didunia. Tetapi amat sedikit mereka terdiri daripada golongan yang kaya dan hidup mewah.

Umat Islam dilarang bersifat kasar, angkuh dan sombong kerana ia adalah antara sifat-sifat yang dicela (mazmumah). Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan beribadatlah sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan seseorang.

Keistimewaan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ahli syurga adalah diakui Allah tentang kebenarannya.

Kita dituntut bersifap tawadhu’ dan rendah diri sesama Islam.

TAZKIRAH “Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam”

Hadith:

Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang bai
k ataupun diam”.

(Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari)

Huraian Hadith:

1. Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik ataudiam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat.

2. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu.

3. Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain.

4. Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam.

TAZKIRAH “Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman”

“Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman”
Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”.

Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Huraian Hadith:
Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran.

Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh Islam.

Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah s.a.w sebagai tidak sempurna imannya.

Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak.

Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara.

1 2 3 4 5 17