TAZKIRAH “Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

9 April 2012

17 Jamadilawwal 1433H

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

“Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa”

 

Hadith: 

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan  (dosa besar).”

Huraian Hadith: 

1.    Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah, lebih-lebih lagi memandang ringan terhadap dosa besar.

2.    Orang yang paling mengenal Allah selepas para Nabi dan Rasul AS dan paling wara’ dan taqwa ialah sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kerana perkara yang dianggap remeh oleh generasi selepas mereka adalah perkara yang sangat besar pada anggapan mereka, kerana sempurnanya pengetahuan mereka terhadap Allah.

3.    Ada perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian orang sedangkan perkara itu dipandang berat dan mencelakakan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah.

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

TAZKIRAH “Kemuliaan Di sisi Allah”

14 Jamadilawwal 1433H

6 April 2012

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

Hadith: 

 

Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan” baginda menjawab, “Kalau begitu orangnya ialah Yusuf anak kepada Nabi (Yaakub) anak kepada Nabi (Ishak) anak kepada (Nabi Ibrahim) Khalilullah.” Mereka berkata lagi, “Bukan tentang itu yang kami tanyakan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.”

 

Huraian Hadith: 

1.    Seseorang itu akan turut menjadi mulia disebabkan nenek moyang mereka mulia, jika mereka bertaqwa kepada Allah.

2.    Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.

Bangsa Arab yang paling mulia ialah mereka yang baik pada zaman Jahiliah dan baik pula pada zaman Islam setelah dia memahami syariat Allah serta menghayatinya.

 

 

Hisyamuddin bin Bahari

Yang Di Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

TAZKIRAH “Ukuran Islam Seseorang”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

13 Jamadilawwal 1433H

5 April 2012

 

Kepada:

 

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam

 

Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,

 

Hadith: 

 

Daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Di antara (tanda-tanda) sebaik-baik Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dirinya.”

 

Huraian Hadith: 

  1. Islam menghendaki kita melakukan perkara-perkara yang menguntungkan dan meninggalkan perkara-perkara yang merugikan.
  2. Tahap keislaman seseorang itu dapat diukur daripada sejauh mana dia sanggup melakukan kebajikan dan meninggalkan sesuatu perkara yang tidak menguntungkan.

 

Hisyamuddin Bin Bahari

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

TAZKIRAH “Amal Baik Menghapus Dosa”

 Kepada:
 
  Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Pekerja Islam
 

   Y.Bhg. Prof./Dato’/ Datin  / Tuan / Puan,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada  Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”

Huraian Hadith:

 

1.       Amalan kebajikan menghapuskan amalan kejahatan sebelumnya, jika kejahatan itu termasuk dosa kecil, dan tidak berkaitan dengan orang lain.

2.       Antara akhlak mulia ialah manis muka, tidak mengganggu atau menyakiti orang lain, melakukan perkara maaruf dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang kita mahu orang lain berinteraksi dengan kita.

3.       Kita dikehendaki bertaqwa kepada Allah walau di mana kita berada.

4.       Allah sentiasa mengawasi segala perbuatan hambanya secara terang atau secara tersembunyi.

5.       Sesungguhnya amal kebajikan dapat menghapuskan kesalahan dengan syarat dosa itu tidak diulangi lagi.

6.       Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam termasuklah mengenai hubungan sesama manusia.

 

Sekian,  terima kasih.

Hisyamuddin  Bahari                                                                                                                                                                                                                

Yang Di-Pertua

Persatuan Kebajikan Pekerka-pekerja Islam

Pusat Perubatan Universiti Malaya

1 15 16 17