UCAPAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/08

29 Syaaban 1442H
12 April 2021

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

UCAPAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti mana sedia maklum umat Islam dijangka akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1442H pada 13 April 2021 (Selasa). Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli PKPPI dan Warga PPUM.
  2. In shaa Allah kita semua akan mula solat tarawih berjemaah pada hari Isnin, 12 April 2021. Jangan kita lalai dan leka, teruskan usaha menjaga pematuhan prosedur operasi standard dalam apa jua aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19. Sukacita juga disarankan setiap staf hendaklah memperbanyakkan doa agar dijauhi dari wabak penyakit dan terus melakukan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan untuk mendapat keberkatan pahala yang berganda.
  3. Pihak Jawatankuasa PKPPI & Surau Ad Deeniah juga telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Berikut dilampirkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan diterima Allah SWT.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/07

26 Syaaban 1442H
9 April 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, pihak PKPPI dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah telah bersetuju menyumbangkan bungkusan juadah berbuka puasa yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1442H. Juadah ini disediakan bagi staf yang bekerja giliran petang dan terhad kepada 350 bungkusan sahaja. Sumbangan juadah ini merupakan amal jariah daripada hasil derma dan sumbangan orang ramai yang merupakan individu dan juga jabatan di PPUM.
  2. Sehubungan itu, perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah diperlukan untuk memaklumkan kepada wakil jabatan/unit/wad bagi mengambil bungkusan juadah tersebut di Surau Ad-Deeniah bermula jam 5.30 sehingga 6.30 petang. Agihan 350 bungkusan juadah tersebut akan dibuat berdasarkan pemantauan daripada pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah. Oleh yang demikian, jumlah agihan di setiap jabatan/unit/wad adalah mengambil kira keupayaan dan keperluan di semua tempat. Pihak kami juga masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari semua pihak bagi menjamin kelancaran program ini.
  3. Di kesempatan ini juga pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memaklumkan bahawa ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda, maka pada tahun ini tiada majlis berbuka puasa harian seperti lazimnya.

Kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM AMBANG RAMADHAN 1442H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/06

19 Syaaban 1442H
02 April 2021

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PROGRAM AMBANG RAMADHAN 1442H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, program Di Ambang Ramadhan akan dijalankan seperti ketetapan berikut :-
TARIKHAKTIVITIMASA
6 April 2021Kaunter Derma Darah9 pagi – 3 petang
6 April 2021Agihan Bubur Lambuk Selepas Solat ZuhurSelepas Solat Zuhur
7 April 2021Kaunter PPZ10 pagi – 3 petang

Semua aktiviti akan dijalankan di Surau Ad-Deeniah

  1. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI dan Surau Ad-Deeniah mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Sumbangan Amal Jariah Bagi Program Harian Berbuka Puasa & Morey Sempena Bulan Ramadhan 1433H / 2012M

Ruj : PKPPI / 2012 / 16

20 Jun 2012M
30 Rejab 1433H

Assalammualaikum W.B.T

Y.Bhg. Tan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan

Sumbangan Amal Jariah Bagi Program Harian Berbuka Puasa & Morey Sempena Bulan Ramadhan 1433H / 2012M

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam dan Surau Ad-Deeniah akan menyediakan jamuan berbuka puasa dan morey sebagai antara aktiviti harian yang berkonsepkan amal jariah kepada masyarakat disekeliling PPUM. Merujuk program sama yang telah dijalankan pada tahun lepas, pihak persatuan telah menyediakan makanan bagi keperluan di antara 400-500 orang pada setiap hari. Jumlah ini termasuk staf yang bekerja pada waktu malam, pelawat, masyarakat di sekeliling PPUM dan sebagainya. Kos yang dibelanjakan pada setiap hari adalah dianggarkan RM2000-2500 dan ia boleh meningkat berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

3. Sehubungan dengan itu pihak PKPPI dan Surau Ad Deeniah ingin memohon sumbangan daripada Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan bagi sama-sama kita menjayakan program tersebut sepanjang ramadhan nanti. Semoga Allah merahmati kita dan mendapat ganjaran pahala ramadhan sebaiknya di atas sumbangan yang diberikan.

4. Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Tan Sri/ Dato’/Datin/ Tuan/ Puan di atas sumbangan tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Borang sumbangan amal jariah boleh didapatkan dari pkppi.ummc.edu.my untuk makluman dan tindakan selanjutnya.


Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya