PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN PKPPI DENGAN KERJASAMA JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI PPUM

PKPPI/SAD/EPA/2023/03

16 Mac 2023
23 Syaaban 1444H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN PKPPI DENGAN KERJASAMA JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa PKPPI dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi PPUM akan menganjurkan Program Derma Darah yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

            Program          :           Derma Darah

            Tarikh              :           20 & 21 Mac 2023 (Isnin & Selasa)

            Masa               :            9.00 pagi – 4.00 petang

            Lokasi             :           Jabatan Perubatan Transfusi

3.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan program yang telah dirancang. Mereka yang berminat untuk menjadi penderma darah boleh mengisi maklumat yang diperlukan di dalam pautan Senarai Nama Penderma Darah yang disediakan.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 
Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PERMOHONAN BANTUAN AM AHLI PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/22

21 Disember 2021
16 Jamadilawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

PERMOHONAN BANTUAN AM AHLI PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Ketika ini seluruh negara sedang membicarakan berita bencana banjir yang melanda dan sekelip mata memusnahkan harta benda serta ada jiwa yang terkorban. Fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta lantaran bencana ini berlaku atas kehendak Tuhan, Pencipta segala kehidupan dan sekalian alam.
  2. Jawatankuasa PKPPI turut berduka dan bersimpati atas apa yang berlaku. Mohon kuatkan semangat, teruslah sama-sama berdoa agar ada ganjaran hikmah yang bakal dikurniakan di sebalik musibah ini.
  3. Dilampirkan bersama-sama ini Borang Permohonan Bantuan Am untuk diisi dan dikembalikan ke Pejabat PKPPI beserta laporan polis dan gambar kediaman yang dilanda banjir. Sebarang bentuk bantuan yang selainnya akan diperhalusi oleh pihak jawatankuasa.

Kerjasama Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan bagi memanjangkan makluman ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“NO ONE LEFT BEHIND”

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Borang Bantuan Am

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/21

17 November 2021
12 Rabiulakhir 1443H

image.png

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,     

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKPPI KALI KE-49

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI), PPUM kali ke-49 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh : 11 Disember 2021 / 06 Jamadilawal 1443H

            Hari : Sabtu

            Masa : 08.00 pagi

            Secara Dalam Talian

3.         Memandangkan  kita masih lagi dalam kemelut  wabak Covid-19, dan demi menjamin keselamatan bersama, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa mesyuarat agung pada kali ini juga akan bersidang secara dalam talian sepertimana Mesyuarat agung yang lepas. Pautan bagi mengikuti mesyuarat secara dalam talian akan dibekalkan kemudian.

4.     Pihak jawatankuasa telah memutuskan tempoh perjalanan mesyuarat akan disingkatkan agar aktiviti ini dapat diselesaikan dengan segera. Sehubungan dengan itu Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini juga dilampirkan Agenda Mesyuarat sebagai makluman awal.  

5. Sebarang usul/cadangan berkaitan hendaklah dikemukakan melalui Borang Usul seperti yang dilampirkan dan dihantar ke Pejabat PKPPI, Surau Ad-Deeniah sebelum 6 Disember 2021. Laporan Tahunan PKPPI 2020 dan laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 akan diedarkan melalui email tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mesyuarat tersebut akan lebih mengimarahkan semangat bermesyuarat dalam membantu PKPPI untuk terus lebih berinovatif di masa akan datang.

Kerjasama Y.Bhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.      

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM DERMA DARAH KALI KE-2 ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

PKPPI/EPA/2021/20

11 November 2021
6 Rabiulakhir 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

PROGRAM DERMA DARAH KALI KE-2 ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa PKPPI akan menganjurkan Program Derma Darah kali ke-2 dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi PPUM yang akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

            Tarikh              :          12 November 2021 (Jumaat)

            Masa               :           9.00 pagi – 4.00 petang

           Tempat            :       Dataran Siti Khadijah, Tingkat 2, Menara Timur

3.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. 

Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk memanjangkan perkara ini kepada staf di bawah seliaan masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

ANUGERAH PELAJAR HARAPAN DAN CEMERLANG PKPPI BAGI TAHUN 2021/1443H

PKPPI/EPA/2021/19

27 Oktober 2021
20 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

ANUGERAH PELAJAR HARAPAN DAN CEMERLANG PKPPI BAGI TAHUN 2021/1443H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

1.         PKPPI mengambil maklum sepanjang tempoh arahan PKP, ada beberapa peperiksaan utama yang tidak dapat dijalankan. Justeru, Jawatankuasa PKPPI yang sentiasa berpegang kepada prinsip berkebajikan, berbesar hati untuk menilai semula kriteria pencapaian anak-anak dalam peperiksaan yang lalu seminima yang mungkin. Sehubungan dengan itu PKPPI berbesar hati untuk menganugerahkan Anugerah Pelajar Harapan dan Anugerah Pelajar Cemerlang mengikut kategori seperti berikut.

Anugerah Pelajar Harapan
Jenis PeperiksaanMarkah Lulus
SPM / SVMMinima 3A / CGPA 3.0
PSMA / SMATQ / SMATDMinima Jayid
STPM / STAM  / DIPLOMAMinima CGPA 3.0
Ijazah PertamaMinima CGPA 3.0
Anugerah Pelajar Cemerlang
Jenis PeperiksaanMarkah Lulus
1.  UPKKMinima 5A
2.  SPM / SVMMinima 5A / CGPA: 3.5
3.  PSMA / SMATQ / SMATDMinima jayid jiddan
4.  STPM/STAM/DIPLOMAMinima CGPA: 3.5
5.  HAFIZ 15 Juzuk 
6.  HAFIZ 30 Juzuk 
7.  Ijazah PertamaMinima CGPA: 3.5
8.  Master 
9.  PhD 

2.         Dilampirkan borang permohonan terkini untuk dilengkapkan dan  dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum  26 November 2021 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat PKPPI di talian 03-79494608 / 3774.

3.         Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

Borang Anugerah Pelajar Harapan 2021

Borang Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

PERUTUSAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/18

18 Oktober 2021
12 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

PERUTUSAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wa solatu wa salamu ‘ala asyrafil anbiyai wal mursalin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in.

  1. Segala puja puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Yang Maha Mengetahui akan apa-apa yang berlaku sama ada di langit, di bumi mahupun di antara keduanya. Tuhan Yang Mengetahui apa-apa yang terlintas dalam hati sanubari hamba-hamba-Nya, Tuhan Yang Mengetahui apa yang bakal berlaku bagi masa hadapan hamba-hamba-Nya.
  2. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang mulia, yang sentiasa mengingati kita sebagai umatnya, yang sanggup bersusah payah demi kemaslahatan kita semua baik di dunia ini dan di dunia akan datang.
  3. Pada kesempatan yang membahagiakan ini, mewakili seluruh saf jawatankuasa kepimpinan PKPPI, kami merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur rasul s.a.w 1443H.
  4. Sesungguhnya, suruhan mengingat dan berselawat atas Junjungan Besar Nabi s.a.w bukanlah pada waktu-waktu yang khusus, melainkan pada setiap waktu dan ketika.

Saudaraku yang beriman,

  1. Bagi kita semua yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anjuran kepada kita agar mengingati Allah dan Rasul-Nya pada setiap masa dan ketika. Dalam ritual seharian kita ini, apakah kita menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang kita doakan dan berselawat atasnya setiap hari adalah seorang tokoh yang sangat menginspirasikan?
  2. Rugi sekali sekiranya kita hanya menyebut-nyebut nama baginda, tetapi tidak mengambil manfaat daripada keperibadian dan keterampilan baginda. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang wajib diteladani. Peribadinya baik dan terpuji, keluarga baginda adalah contoh keluarga bahagia, dan komuniti yang dibina beliau adalah contoh masyarakat madani.

Sahabat-sahabatku,

  1. Dengan bersempena sambutan MaulidurRasul s.a.w ini, maka berazamlah untuk sentiasa “bermuhasabah” untuk terus maju melangkah ke depan. Berbangga menjadi seorang Muslim, dan gembirakanlah Nabi kita dengan terus berjasa.
  2. Berubah jadi orang yang lebih baik: orang yang menghitung diri sendiri, menilai diri sendiri bukan diri orang lain. Sentiasa mencari aib sendiri untuk dibaiki, bukan mencari-cari aib orang lain, dan lebih malang dan celaka lagi apabila kita memfitnah orang lain atas sebab sangka-sangkaan kita yang tidak benar.
  3. Dunia semakin terasa begitu pendek.
  4. Pandemik yang melanda negara kita menyebabkan banyak aktiviti kita agak terbatas, walaubagaimanapun, kami sedaya mungkin berusaha agar semua ahli persatuan tidak dibiarkan terabai dalam soal kebajikan. Beberapa aktiviti menyantuni sahabat-sahabat ahli kita yang diuji ketika kuarantin dan terkesan telah kita usahakan sedaya mungkin.
  5. Dalam masa yang sama, kami turut mendoakan para ahli kita yang diuji hidupnya, ditimpa kemalangan atau mengalami penyakit kronik, agar cepat sembuh. InshaAllah segala dugaan hadir dengan kecintaan Tuhan.

Saudaraku yang dicintai kerana Allah,

  1. Kami berpesan kepada diri kami, dan diri kalian agar sentiasa menjaga diri daripada bermaksiat kepada Allah, jaga iman dan sentiasa menjaga amal kita.
  2. Eratkan ukhuwah dan silaturrahim. Jauhi banyak bersangka kerana kebanyakan sangkaan kita itu adalah punca kita mendapat dosa.
  3. Atur kegiatan harian dengan baik. Tidur awal untuk bangun awal. Jaga kesihatan dengan mengambil gizi seimbang, bersenam dan minum air yang cukup.
  4. Jaga solat lima waktu, zikir pagi dan petang, qiyamullail dan bermuhasabah setiap hari. InshaAllah Allah akan hilangkan perasaan dukacita dari hati kita. Kita akan rasa lebih tenang dan jalan ke depan akan dipermudahkan.
  5. Teruskan bermanfaat kepada yang lain. Bantu orang lain. Yakinlah, sekali kita menunaikan hajat orang lain, Allah akan bantu menunaikan hajat kita.
  6. Amal soleh dan kebaikan kita adalah tanda dan bukti iman kita kepada Allah s.w.t dan Ar-Rasul s.a.w. Pastinya penat lelah kita tidak akan jadi sia-sia.

Wallahu ta’ala a’lam. Salam Maulidurrasul! Sollu ‘ala Nabiy!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

PKPPI/EPA/2021/17

15 Oktober 2021
8 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA ANJURAN BERSAMA PKPPI DAN JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, PPUM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan kehadiran bulan Rabiulawal bulan kelahiran insan yang dimuliakan umat Islam, PKPPI bakal menganjurkan Program Derma Darah Perdana dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi PPUM yang akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

            Program          :           Derma Darah Perdana

            Tarikh              :           20, 21 & 22 Oktober 2021 (Rabu, Khamis & Jumaat)

            Masa               :           9.00 pagi – 4.00 petang

            Tempat            :           Dataran Siti Khadijah, Tingkat 2, Menara Timur

3.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

DANA KHAS BAGI MENGUMPUL SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/16

13 Oktober 2021
06 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

DANA KHAS BAGI MENGUMPUL SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti yang kita sedia maklum, di saat negara dilanda kemelut yang panjang akibat wabak Covid-19 dan arahan kerajaan terhadap pematuhan SOP sepanjang PKP tidak dinafikan ada sebilangan di antara kita yang terkesan dengan perubahan besar ini dan dihimpit kesulitan dalam menjalani kehidupan harian.
  2. Justeru, atas kesedaran dan keprihatinan sesama insan, PKPPI tampil dengan cadangan mengumpul dana bagi menghulurkan bantuan kepada semua warga PPUM yang terkesan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, ahli mahu pun bukan ahli PKPPI. Oleh itu, sokongan semua pihak adalah diharapkan untuk sama-sama memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan usaha murni ini. Sumbangan semua adalah penting dan sangat bermakna, sekurang-kurangnya dapat melapangkan sedikit bebanan yang ditanggung.
  3. Sumbangan ikhlas berupa wang tunai boleh terus dibuat di Pejabat PKPPI atau disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam PPUM – 14171010001845. Bagi sumbangan yang dibuat melalui Eletronic Funds Transfer (EFT) sila maklumkan kepada pegawai kami (Cik Siti Halijah / Pn. Rahima) di talian 03-79493774/4608 atau email maklumat transaksi ke pkppi@ummc.edu.my.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/15

12 Oktober 2021
05 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa pada tahun ini majlis meraikan pelajar cemerlang dan pesara masih tidak dapat diadakan seperti lazimnya disambut pada setiap tahun. Ini adalah berikutan dari penularan pandemic Covid-19 yang belum reda dan banyak prosedur operasi standard yang mesti dipatuhi sekiranya majlis yang seumpamanya dijalankan.
  2. Walau bagaimanapun bagi anak-anak/staf cemerlang 2020, adalah dialu-alukan untuk mengisi dan menghantar borang anugerah bermula dari 18 Oktober 2021. Pada tahun ini PKPPI berbesar hati untuk meraikan para hafiz dan hafizah yang telah menghafaz 15 juzuk dan 30 juzuk surah al-Quran. Bagi kategori baharu ini perlu dilampirkan salinan sijil dan pengesahan dari institusi pengajian yang berkenaan. Tarikh bagi menuntut cenderahati akan dimaklumkan kemudian. Begitu juga dengan staf yang bersara pada tahun 2021 akan menerima cenderahati masing-masing bermula pada tarikh yang sama.
  3. Borang anugerah pelajar cemerlang hendaklah dilengkapkan dan dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum 26 November 2021 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat PKPPI di talian 03-79494608 / 3774. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

KEBENARAN DINE IN DI KAFE@PKPPI

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/14

4 Rabiulawal 1443H
11 Oktober 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

KEBENARAN DINE IN DI KAFE@PKPPI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa bermula dari 11 Oktober 2021, Kafe Tok Mad telah menyediakan kemudahan untuk dine in. Walau bagaimanapun kemudahan ini masih tertakluk di bawah pematuhan syarat-syarat yang dinyatakan oleh pihak JPP iaitu hanya seorang pelanggan sahaja untuk satu meja manakala jarak antara setiap meja ialah satu meter. Justeru itu jumlah pelanggan dalam satu-satu masa adalah amat terhad.
  2. Sehubungan itu juga semua pihak wajib patuh kepada SOP yang telah ditetapkan demi mengekang penularan wabak Covid-19 agar keselamatan semua terjamin. Antara garis panduan yang wajib dipatuhi semasa memasuki premis kafe adalah seperti berikut:
    1. Lengkap 2 dos vaksin (pamerkan maklumat vaksinasi kepada petugas kafe)
    2. Mengimbas aplikasi MySejahtera
    3. Memeriksa suhu
    4. Menjaga jarak di antara pelanggan lain
    5. Memakai pelitup muka

Kerjasama dan sokongan daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

1 2 3