SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442H / 2021M

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/05 

08 Mac 2021
24 Rejab 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan                                                                
 
SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI PROGRAM IHYA’  RAMADHAN 1442H / 2021M
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.    Adalah dimaklumkan bulan Ramadhan bakal menjelang dan seperti di tahun-tahun lepas pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah menyediakan jamuan iftar dan moreh.  Seperti biasa program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan berkonsepkan amal jariah ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan makanan bagi keperluan di antara 500-600 orang pada setiap hari.  Jumlah ini termasuk staf yang bekerja pada waktu petang, pelawat serta masyarakat di sekitar PPUM.  Anggaran kos yang dibelanjakan pada setiap hari adalah di dalam anggaran RM6,000-RM 7,000 dan ia boleh meningkat berdasarkan keadaan semasa.
 
3.     Sehubungan dengan itu pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memohon sumbangan daripada YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi sama-sama kita menjayakan program tersebut sepanjang Ramadhan ini.  Semoga Allah SWT merahmati kita dan mendapat ganjaran pahala Ramadhan sebaiknya di atas sumbangan yang diberikan.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-7949 4608/3774. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan Amal Jariah untuk makluman dan tindakan selanjutnya.   
 
4.     Kerjasama dan sokongan daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan di atas sumbangan tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  
 
 
Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021

PKPPI/EPA/2021/03

19 Februari 2021
07 Rejab 1442H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,           

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan, pihak Jawatankuasa PKPPI akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 seperti ketetapan berikut:-

            Tarikh              :           19 Februari 2021

            Hari                 :           Jumaat

            Masa               :           Selepas solat Maghrib (8 malam)

            Tempat            :           Secara langsung di Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM

3.         Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan, agar dapat kita bersama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak  demi  meningkatkan prestasi generasi masa hadapan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan menambahkan lagi keberkatan majlis ini.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAFE@PKPPI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/02

11 Februari 2021

29 Jamadil Akhir 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAFE@PKPPI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, Kafe akan ditutup sementara operasinya bermula dari 12 Februari 2021 sehingga 13 Februari 2021.  Operasi kafe dijangka akan kembali semula seperti biasa pada 15 Februari 2021.

3. Pihak PKPPI memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut. Mohon supaya perkara ini dapat dipanjangkan kepada yang berkenaan untuk makluman dan rujukan yang berkaitan.

Kerjasama dan sokongan daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

MENGORAKTAHUN BAHARU DENGAN MUHASABAH

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/01

7 Januari 2021
23 Jamadil Awal 1442H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan

MENGORAK TAHUN BAHARU DENGAN MUHASABAH

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1.      Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2021 buat semua. Semoga semangat terus membara untuk meneruskan perjuangan sisa-sisa umur berbaki bagi memberikan coretan yang terbaik dalam diari kehidupan masing-masing.

2.      Nampaknya ujian pandamik yang kita hadapi sejak tahun lalu masih belum kelihatan jalan penyelesaiannya. Tapi semua itu bukanlah pematah semangat, alah bisa tegal biasa bak kata peribahasa. Kita terus optimis, mengharunginya bersama kerana kita yakin Allah pasti bersama orang yang sabar. Itu janji-Nya!

3.      Tidak hanya ancaman COVID-19, kita digemparkan lagi dengan ujian dan musibah banjir pula sejak minggu lalu.

4.      Dalam hidup ini, tiada sesiapa yang mahu diri sentiasa ditimpa musibah. Fitrahnya kita akan berusaha sedaya mungkin mengelak dari sebarang kemungkinan kesedihan, kehampaan apatah lagi kehilangan.

5.      Oleh sebab itulah Nabi kita mengajarkan satu doa yang ma’thur diriwayatkan Abu Daud kepada kita agar mohon dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

6.      Namun, ujian tetap ujian. Ia lumrah dalam kehidupan. Ia hadir dalam pelbagai bentuk. Kehilangan harta benda, kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan dan banyak lagi menyebabkan keresahan jiwa-jiwa manusia.

7.      Tetapi perlu juga diingat dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap manusia pasti diuji. Dan pastinya ada hikmah pada setiap ujian itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

8.      Oleh yang demikian, sekadar ingatan kita bersama, bagi sahabat-sahabat ahli PKPPI lihatlah fenomena alam ini sebagai ingatan bersama buat kita. Pastikan sentiasa mengikuti info-info terkini yang sahih bagi mendapatkan maklumat perkembangan semasa.

9.      Andai ada ahli keluarga di kampung yang sedang diuji dengan musibah ini, setiasalah berhubung dan bertanya khabar berita bagi memudahkan penyaluran bantuan dan sebagainya. Tenangkan hati walau kita memahami ianya bukanlah mudah saat memikirkan ahli keluarga tercinta yang sedang berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

10.  InsyaAllah, di peringkat PKPPI kita bersedia membantu ahli-ahli yang sedang terjejas atau ahli keluarga yang sedang dalam kesusahan akibat ujian bencana ini. Maka kami seru untuk hadir ke pejabat kami di Surau Ad-Deeniah untuk perbincangan sudut bantuan yang sepatutnya.

11.  Justeru, marilah sama-sama kita tingkatkan munajat, bersatu hati melihat setiap musibah ini pasti ada sesuatu hikmah dan teguran dari Sang Pencipta untuk kita.

12.  Sekali lagi kami mengucapkan selamat menyusun strategi bagi menjadi insan terbaik untuk tahun baru ini dan semoga kita terus mendoakan agar sahabat-sahabat kita atau saudara mara kita yang sedang diuji dengan pelbagai ujian ini terus cekal dan kuat bagi berdamai dengan takdir.

Andainya hujan lebat mencurah,
Eloklah kita membawa payung,
Andainya kawan dapat musibah,
Eloklah kita segera menolong.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

BARISAN EXCO DAN AJK PKPPI PENGGAL 2020-2022

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2020/25

31 Disember 2020
16 Jamadil Awal 1442H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

BARISAN EXCO DAN AJK PKPPI PENGGAL 2020-2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti yang kita sedia maklum, mesyuarat agung PKPPI baru saja berlangsung pada 12 Disember 2020. Dalam masa yang sama telah berlaku juga pemilihan semula barisan EXCO dan AJK PKPPI bagi penggal yang baharu. Justeru itu dimaklumkan bahawa akan berlaku sedikit kelewatan bagi semua tuntutan yang melibatkan penggunaan cek seperti tuntutan khairat dan kematian, bantuan pinjaman wang, bantuan am dan lain-lain. Ini adalah kerana pihak bank perlu memberikan kebenaran kepada penandatangan cek yang baharu dengan sokongan dokumen yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan proses kelulusan masih belum selesai.
  2. Dengan berlakunya perubahan ini juga, maka bermulalah tanggungjawab kami untuk meneruskan perjuangan menjalankan kerja-kerja kebajikan demi kebaikan bersama ke arah PKPPI yang lebih cemerlang. Mohon doakan khidmat bakti kami ini diberkati dan mendapat sokongan yang padu dari semua ahli. Bersama-sama ini juga dilampirkan nama-nama barisan AJK PKPPI yang baharu untuk rujukan kita bersama. Senarai jawatankuasa baharu sesi 2020-2022 adalah seperti berikut.
Bil.NamaJawatan
1.     Mohd Shazni bin AbdullahYang di-Pertua
2.     Kamal Eazzat bin Mat IsaNaib Yang di-Pertua
3.     Ahmad Hazlan bin AliasBendahari
4.     Shamshy bin JamaluddinSetiausaha
5.     Mohamed Zulfiqar bin Mohamed NoorTimbalan Setiausaha
6.     Mohd Fadil bin ShamsuddinAhli Jawatankuasa
7.     Noraini binti SamsudinAhli Jawatankuasa
8.     Adila Mastura binti IbrahimAhli Jawatankuasa
9.     Maliza binti MohamadAhli Jawatankuasa
10.   Fahmi bin LadolaAhli Jawatankuasa
11.   Sayuti bin MohamadAhli Jawatankuasa
12.   Nurul hidayat bin IsmailAhli Jawatankuasa
13.   Hamimah binti SaAhli Jawatankuasa
14.   Wan Ab Ghani bin Wan IdrisAhli Jawatankuasa
15.   Musiza Zaidi bin BadiozamanAhli Jawatankuasa

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM QURBAN & AQIQAH ANJURAN PKPPI & SURAU AD-DEENIAH, PPUM TAHUN 2017/1438H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2017/16

26 Julai 2017
02 Zulkaedah 1438H

                                                                                                                                                                                                          Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Program Qurban & Aqiqah Anjuran PKPPI & Surau Ad-Deeniah, PPUM Tahun 2017/1438H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah akan mengadakan ProgramQurban & Aqiqah sebagai aktiviti tahunan persatuan dan surau. Butiran program qurban dan aqiqah adalah seperti berikut:

Tarikh                   :           3 September 2017/12 Zulhijjah 1438H(Ahad)
Masa                    :           7.00 pagi
Tempat                 :           Surau Ad-Deeniah, PPUM
Kadar 1 Bahagian   :           RM 680.00
Jumlah                  :           10 ekor (lembu)

  1.  Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga29 Ogos 2017 (Selasa).  Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pejabat Surau Ad-Deeniah di talian 03-79493774/4608.  Bersama-sama ini dilampirkan Borang Penyertaan Qurban & Aqiqah 2017.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya

Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1438H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

28 Ramadhan 1438H
23 Jun 2017

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1438H

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sebagaimana sedia maklum, umat Islam dijangka akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1438H pada 25 Jun 2017 (Ahad).Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak seluruh ahli dan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada pihak Pengurusan PPUM dan semua staf muslimin dan muslimat.  Kami doakan semoga Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dipermudahkan urusan dan selamat dalam perjalanan pulang ke kampung.

3.            Pada kesempatan ini, pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadhan.  Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua penyumbang.

Tibanya Syawal tanda kemenangan,
Takbir dan Tahmid memuji Tuhan,
Muslimin dan muslimat saling berkunjungan,
Adab dijaga akhlak dipertahan.

Yang benar,

Hisyamuddin Bin Bahari
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

 

PROGRAM ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK AHLI PKPPI, PPUM BAGI TAHUN 1438H / 2016M

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2016/17
25 Oktober 2016

24 Muharam 1438H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

PROGRAM ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK AHLI PKPPI, PPUM BAGI TAHUN 1438H / 2016M

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad Deeniah akan mengadakan program tersebut pada tahun ini sebagai aktiviti tahunan persatuan seperti berikut ;

Program                                                         : Program Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-anak Ahli PKPPI,  PPUM
Tarikh & Tempat Majlis meraikan peserta           : Akan diberitahu
  1.         Borang permohonan hendaklah dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum 25 November 2016 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Surau Ad Deeniah di talian 03-79494608 / 3774. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Menyertai Program Anugerah Pelajar Cemerlang 2016
    Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
1 2 3 4 5 25