ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/15

12 Oktober 2021
05 Rabiulawal 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PKPPI & PERSARAAN STAF PPUM BAGI TAHUN 2021/1443H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa pada tahun ini majlis meraikan pelajar cemerlang dan pesara masih tidak dapat diadakan seperti lazimnya disambut pada setiap tahun. Ini adalah berikutan dari penularan pandemic Covid-19 yang belum reda dan banyak prosedur operasi standard yang mesti dipatuhi sekiranya majlis yang seumpamanya dijalankan.
  2. Walau bagaimanapun bagi anak-anak/staf cemerlang 2020, adalah dialu-alukan untuk mengisi dan menghantar borang anugerah bermula dari 18 Oktober 2021. Pada tahun ini PKPPI berbesar hati untuk meraikan para hafiz dan hafizah yang telah menghafaz 15 juzuk dan 30 juzuk surah al-Quran. Bagi kategori baharu ini perlu dilampirkan salinan sijil dan pengesahan dari institusi pengajian yang berkenaan. Tarikh bagi menuntut cenderahati akan dimaklumkan kemudian. Begitu juga dengan staf yang bersara pada tahun 2021 akan menerima cenderahati masing-masing bermula pada tarikh yang sama.
  3. Borang anugerah pelajar cemerlang hendaklah dilengkapkan dan dihantar terus ke Pejabat PKPPI sebelum 26 November 2021 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat PKPPI di talian 03-79494608 / 3774. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

KEBENARAN DINE IN DI KAFE@PKPPI

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/14

4 Rabiulawal 1443H
11 Oktober 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

KEBENARAN DINE IN DI KAFE@PKPPI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa bermula dari 11 Oktober 2021, Kafe Tok Mad telah menyediakan kemudahan untuk dine in. Walau bagaimanapun kemudahan ini masih tertakluk di bawah pematuhan syarat-syarat yang dinyatakan oleh pihak JPP iaitu hanya seorang pelanggan sahaja untuk satu meja manakala jarak antara setiap meja ialah satu meter. Justeru itu jumlah pelanggan dalam satu-satu masa adalah amat terhad.
  2. Sehubungan itu juga semua pihak wajib patuh kepada SOP yang telah ditetapkan demi mengekang penularan wabak Covid-19 agar keselamatan semua terjamin. Antara garis panduan yang wajib dipatuhi semasa memasuki premis kafe adalah seperti berikut:
    1. Lengkap 2 dos vaksin (pamerkan maklumat vaksinasi kepada petugas kafe)
    2. Mengimbas aplikasi MySejahtera
    3. Memeriksa suhu
    4. Menjaga jarak di antara pelanggan lain
    5. Memakai pelitup muka

Kerjasama dan sokongan daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Shamshy bin Jamaluddin
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

KADAR BAHARU TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI DAN TANGGUNGAN AHLI

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/13

01 Oktober 2021
24 Safar 1443H

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan,

KADAR BAHARU TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI DAN TANGGUNGAN AHLI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PKPPI telah bersetuju untuk menetapkan kadar baharu bagi tuntutan khairat kematian ahli dan tanggungan ahli PKPPI berkuatkuasa mulai dari 1 Oktober 2021. Sehubungan itu, semua tuntutan bagi kadar baharu ini hanya sah bagi kematian yang berlaku dari bulan Oktober 2021.
  2. Bagi melancarkan urusan pembayaran, ahli yang ingin memohon perlu melengkapkan semua dokumen dan mengemukakan lampiran yang diperlukan. Kadar baharu bagi tuntutan khairat kematian adalah seperti berikut :
BilPerkaraKadar LamaKadar Baharu
1Kematian ahliRM1,500RM2,000
2Kematian Suami/IsteriRM1,000RM1,500
3Ibu/BapaRM300RM500
4Anak Bawah 21 TahunRM500RM700
5MertuaRM100RM300

4. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Tuntutan Khairat yang telah dikemaskini sebagai rujukan. Semoga dengan perubahan kadar baharu ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara tersebut adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM BANTUAN PRIHATIN PKPPI KEPADA AHLI YANG BERADA DI LOKALITI PKPD

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/12

7 Julai 2021
26 Zulkaedah 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PROGRAM BANTUAN PRIHATIN PKPPI KEPADA AHLI YANG BERADA DI LOKALITI PKPD

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PKPPI terpanggil untuk memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya mereka yang berada di lokaliti PKPD.
  2. Mohon ahli untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam Borang Program Bantuan Prihatin PKPPI yang disediakan sebelum atau pada 9 Julai (Jumaat) bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan.
  3. Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan dan mengukir sekuntum senyuman buat kita bersama. Sokongan dan kerjasama semua ahli dalam menjayakan program bantuan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PEMAKLUMAN BERKENAAN URUSAN DI PEJABAT PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/11

3 Jun 2021
22 Syawal 1442H

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKENAAN URUSAN DI PEJABAT PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM, PPUM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Bersesuaian dengan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam prosedur operasi standard (SOP) bahawa semua aktiviti di masjid dan surau hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid/surau sahaja. Oleh kerana lokasi pejabat pengurusan PKPPI adalah terletak di dalam surau, maka kakitangan pentadbiran surau dan PKPPI telah diarahkan bekerja dari rumah mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan.
  2. Justeru itu adalah dimaklumkan bahawa semua urusan yang melibatkan penghantaran borang permohonan hanya boleh dibuat melalui email sahaja. Sekiranya ada keperluan untuk berurusan secara bersemuka, sila hubungi talian 03-79494608/3774. Arahan ini berkuatkuasa dari 1 Jun 2021 hingga tamat PKP.
  3. Semoga kita semua patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan tingkatkan lagi amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT supaya Allah SWT segera mengangkat wabak covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1442H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/10

30 Ramadan 1442H
12 Mei 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1442H

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin wa bihi nasta’in. Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW, Rasul junjungan,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil hamd.

  1. Dimulai dengan kalam takbir sebagai menandakan tibanya detik kemenangan, kemerdekaan bagi meraikan Hari Lebaran bulan kemuliaan dan kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan menjalani ibadah puasa.
  2. Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka di siang hari kerana mahu mematuhi perintah Allah?
  3. Semua itu adalah pelajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih antara baik dan buruk?
  4. Jika kita sudah berjaya melepaskan diri daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira. Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.
  5. Pada tahun ini ketibaan Hari Raya Aidilfitri masih lagi tidak dapat disambut seperti kelaziman. Tiada perhimpunan besar, tiada ziarah dan mungkin juga tidak semeriah suatu ketika dahulu.
  6. Namun, janganlah kerana keadaan ini menyebabkan kemeriahan kita dalam beribadah juga tidak diraikan. Teruskanlah melakukan amal kebaikan seperti dalam Ramadhan. Walau ada yang mungkin sedang bertugas di wad, di pejabat atau sedang memandu ambulan, YAKIN lah, setiap kesusahan akan diiringi dengan kesenangan. Kita tidak akan pernah disia-siakan oleh Yang Maha Baik.
  7. Kami sebagai pimpinan persatuan sentiasa melihat ruang bagi cuba memenuhi keperluan dan kebajikan ahli yang memerlukan. Andai masih ada kekurangan, mohon dimaafkan dan hubungilah kami untuk diperbaiki sebaiknya. Moga Allah sentiasa menjaga kita semua.
  8. Disamping itu juga, saudara seagama kita juga sedang diuji di Palestin. Ayuh selitkan doa buat mereka. Solidariti kita buat mereka. Janji Allah itu pasti. Kemenangan akan muncul.
  9. Akhir kalam, mewakili seluruh saf pimpinan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam PPUM dengan penuh tawadhuk di hati menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh warga PPUM.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PEMAKLUMAN BERKAITAN KEHADIRAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AD-DEENIAH

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/09

08 Ramadan 1442H
20 April 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKAITAN KEHADIRAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AD-DEENIAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Bagi menambahbaik perjalanan pengurusan solat Jumaat di Surau Ad-Deeniah, Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam dan Surau Ad-Deeniah, PPUM telah memutuskan untuk memperhalusi semula ketetapan yang sesuai bagi melancarkan urusan jemaah yang hadir pada waktu tersebut demi kebaikan bersama.
  2. Justeru itu mohon kerjasama semua pihak untuk patuh kepada peraturan-peraturan seperti berikut:
    • Kaunter pendaftaran dan saringan hanya akan dibuka pada jam 12.30 tengah hari.
    • Jawatankuasa masih mengekalkan sistem mengedarkan nombor saf kepada jemaah.
    • Jemaah tidak dibenarkan untuk mengambil nombor lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan.
    • Jemaah yang telah diberikan nombor dinasihatkan untuk terus duduk di saf masing-masing dan tidak meninggalkan surau sehingga selesai solat fardhu Jumaat. Sekiranya terpaksa berbuat demikian atas alasan yang tidak dapat dielakkan, maka jemaah diminta untuk memulangkan semula nombor tersebut dan akan diberikan kepada jemaah lain. Setelah selesai solat Jumaat, nombor perlu dipulangkan semula dan nombor baru akan dikeluarkan pada minggu berikutnya.
  3. Semoga kita semua redha dan berlapang dada atas setiap sesuatu, di samping itu juga patuhlah kepada SOP yang telah ditetapkan. Sila bawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh memungkinkan tuan untuk tidak dapat masuk ke surau. Teruskan bersabar dan memperbanyakkan amal ibadah serta berdoa ke hadrat Allah SWT lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT segera mengangkat wabak Covid-19 dari kita semua. Kerjasama YBhg Prof/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

UCAPAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/08

29 Syaaban 1442H
12 April 2021

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

UCAPAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti mana sedia maklum umat Islam dijangka akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1442H pada 13 April 2021 (Selasa). Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) dan Surau Ad-Deeniah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli PKPPI dan Warga PPUM.
  2. In shaa Allah kita semua akan mula solat tarawih berjemaah pada hari Isnin, 12 April 2021. Jangan kita lalai dan leka, teruskan usaha menjaga pematuhan prosedur operasi standard dalam apa jua aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19. Sukacita juga disarankan setiap staf hendaklah memperbanyakkan doa agar dijauhi dari wabak penyakit dan terus melakukan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan untuk mendapat keberkatan pahala yang berganda.
  3. Pihak Jawatankuasa PKPPI & Surau Ad Deeniah juga telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Berikut dilampirkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan diterima Allah SWT.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/07

26 Syaaban 1442H
9 April 2021

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

SUMBANGAN BUNGKUSAN JUADAH BERBUKA PUASA BAGI STAF YANG BEKERJA GILIRAN PETANG SEPANJANG RAMADHAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, pihak PKPPI dan Jawatankuasa Surau Ad-Deeniah telah bersetuju menyumbangkan bungkusan juadah berbuka puasa yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1442H. Juadah ini disediakan bagi staf yang bekerja giliran petang dan terhad kepada 350 bungkusan sahaja. Sumbangan juadah ini merupakan amal jariah daripada hasil derma dan sumbangan orang ramai yang merupakan individu dan juga jabatan di PPUM.
  2. Sehubungan itu, perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah diperlukan untuk memaklumkan kepada wakil jabatan/unit/wad bagi mengambil bungkusan juadah tersebut di Surau Ad-Deeniah bermula jam 5.30 sehingga 6.30 petang. Agihan 350 bungkusan juadah tersebut akan dibuat berdasarkan pemantauan daripada pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah. Oleh yang demikian, jumlah agihan di setiap jabatan/unit/wad adalah mengambil kira keupayaan dan keperluan di semua tempat. Pihak kami juga masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari semua pihak bagi menjamin kelancaran program ini.
  3. Di kesempatan ini juga pihak PKPPI dan Surau Ad-Deeniah ingin memaklumkan bahawa ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda, maka pada tahun ini tiada majlis berbuka puasa harian seperti lazimnya.

Kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

PROGRAM AMBANG RAMADHAN 1442H

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PKPPI/EPA/2021/06

19 Syaaban 1442H
02 April 2021

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PROGRAM AMBANG RAMADHAN 1442H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, program Di Ambang Ramadhan akan dijalankan seperti ketetapan berikut :-
TARIKHAKTIVITIMASA
6 April 2021Kaunter Derma Darah9 pagi – 3 petang
6 April 2021Agihan Bubur Lambuk Selepas Solat ZuhurSelepas Solat Zuhur
7 April 2021Kaunter PPZ10 pagi – 3 petang

Semua aktiviti akan dijalankan di Surau Ad-Deeniah

  1. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PKPPI dan Surau Ad-Deeniah mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam program ini bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Shazni bin Abdullah
Yang DiPertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Laman Web http://www.pkppippum.org.my
Facebook Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam, PPUM

1 2 3 4 25